Sabtu, 23 Mei 2009

Lupa

Salam. Maaf lama tak up date. Lupa password. Dah tua ni kerap terlupa. Namun terima kasih kerana masih mengikuti blog koi ni.

Selama berapa lama tak nulis ni memang banyak perkara yang berlaku. Namun koi fokus kepada beberapa perkara terkini.

Memang tahun ni tahun kalah. Mungkin ada dan banyak hikmatnya. Terbaru kalah AJK Dewan Ulamak.

Pagi tadi koi ke KL di Masjid Negara. Ada Wacna Halal anjuran Jakim di sampaikan oleg G-Shah. KL memang pusat segalanya. Dari perkara baik hinggalah ke sejahatnya. Orang memang ramai mengunjunginya.

Tengah hari balik dan petang rehat aje. Sebelum tu selepas solat subuh di masjid batu satu koi di minta menagadakan kuliah sunuh pad esok hari, koi kata insya allah. Dan baru kejap bahan untuk kuliah subuh telah ada dan bersedian untuk di baca.

Petang semalam koi ada kuliah muslimat di Seri Kumuning. Koi baca hadis mengatakan ada 15 sebab allah akan turunkan bala. yang pertama "merampas hak orang dengan kekuasaan". Ada kaitan tak di Perak.

Malam ni makan maggi aje. Malas nak berkotek di dapur. AL maklum dah tinggal berdua aje. Macam baru kawin dulu.

Seperti biasa koi menghabiskan denga membaca dan melayari internet termasuk menulis blog koi ni.

Ok jumpa lagi dan semoga bahagia menempuh hidup yang penuh cabaran.

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan