Selasa, 26 Mei 2009

Cik Gu

Salam. Ahad koi mempengerusikan mesyuarat ALK KGPAP. Banyak isu yang panas dan terkini kerana dah dua bulan x mesyuarat. Bulan lepas pasal ada program percambahan minda. Tapi biasalah, orang meLAYU. Kalau kata tak ndak maju marah. Tapi itulah hakikatnya.

Dalam mesyuarat tersebut ada terima surat dari ANGKASA supaya hadir hari perhimpunan khas di kelana jaya. Oleh kerana tiada yang boleh pergi koi selaku pengerusi KGPAP terpaksalah pergi.

Isnin seperti biasa selepas selesai solat subuh di masjid, koi bersiap untuk ke kelana jaya. Tapi pada hari yang sama rodong koi juga bersiap ke taiping selama seminggu mesyuarat katanya. Jam 7 pagi koi memulakan perjalanan dan selepas itu barulah rodong koi ke taiping dengan menumpang kawan dia dari kuantan.

Sampai di rnr gombak koi berhenti qada hajat. Selepas tu bersarapan pagi. Ada saing dari temerloh cikgu mansor dan abdullah. Kome makan sekali dan dollah yang bayar. Kemudian mansor nak ikut koi dengan folow kete koi ke kelana jaya. Kome ke kelana jaya ikut batu caves, jalan kuching, jalan duta, lebuh raya NKVE dan terus ke klana jaya.

Program bermula jam 10 pagi dan 3 pembentang dan selepas itu dialog. Perhimpunan mencapai objektif dan para peserta walau tak ramai tetapi aktif ambil bahagian dengan memberi idea walaupun ada yang beremosi.

Selepas tamat perhimpunan dan lunch, koi terus pula ke putra juaya. ada keje sikit. Koi sampai jam 2.30 pm dan berhajat untuk berjupa seorang pegawai disitu. Tapi kata sekuriti pukul 3.30 baru boleh ambil pas.

Koi pun tak kata apelah. Tetiba ada seorang pemuda datang dekat koi. Dia tanya cikgu ke? pernah mengajar di teknik temerloh. Dan koi kata ye. Dan dia kata dia dah perati koi agak lama dan dia perkenalkan dirinya suhairul dan anak murid koi tahun 2002 dulu.
Dia bekerja di situ. Dan koi pun bolehlah terus jumpa pegawai tanpa perlu menunggu 3.30 pm. Itulah lebihnya guru ada pelajar di mana-mana dan kalau yang tak sombong boleh menolong pula gurunya.

Selepas selesai urusan, koi ucap berbanyak terima kasih dan harap jumpa lagi. Koi pun terus menuju ke kereta dan call kawan lama yang sekarang dah jusa sebagai TKP. Nasib koi baik dia ada dan free. Dia minta koi terus ke pejabatnya. Tapi untuk ke pejabatnya perlu melalui sekatan sekuriti yang ketat kerana dia berada di kdn. Kebetulan semasa koi di tahan sekuriti dia call koi dan koi bernasib baik dapat masuk dan terus jumpa dia yang sedang menunggu.

Lepas tu kome keluar dan berhajat pergi minum. Oleh kerana dia free maka dia terus bawak koi terus ke rumahnya di jenderam. Hoi koi kagun dengan prinsip dia dan kalau nak tahu prinsip dia kena keuamah dia. Nak cite rumit.

4.30 koi menuju pulang dan rasa syukur kerana segala urusan yang dirancang berjalan dengan baik.

Sampai temerloh jam 7 malam. Kawan koi ajak koi ke K.pilah pulak tapi hujan dan badan agah letih. Kome cuma minum dan jam 10 pm bersurai dan koi balik tidur. Tidur sendiri kerana rodong khamis baru balik.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan