Ahad, 8 November 2009

Sibuk

Salam. Sejak ahad lepas syed putera ajak jumpa. Pagi jumaat sebelum tu dia talipon dan bercakap panjang. Dan koi janji jumpa pada ahad malam dengan YM CR. Tapi tak dapat jumpa pada tarikh tersebut dan berjanji pada esoknya, esoknya dan akhir tak jumpa pada minggu tu. Baru kejap tadi YM CR datang umah dan kebetulan SP ada di sekitar maka kome dapat jumpa, dan amir sekali. Maka selesailah satu tajuk.

Sejak ahad YM CR amat sibuk dan koi pulok sejak rabu disebabkan oelh YM CR. Malam rabu koi emergensi ke kuantan sbb patut jumpa YM CR di tloh. Tapi hp koi tertinggal dan calling YM CR tidak disambut. Maka terpaksalah ke kuantan bagi urusan di S. Alam pada petang dan Jumaat. Namun apabila ke kuantan lain pulok ceritanya kena ke A Alam sejak petang khamis, kerana ada meeting dengan Dr. Duan. Yang sepatutnya meeting pada selasa, tapi dia terpaksa tinggal di SMC.

Maka petang lepas asar Khamis bertolak ke S alam dan berjumpa CR di tol Bentong, terus ke S. Alam SMC meeting dengan Dr. Duan dan selesai satu projek.

Seperti biasa kami tinggal di carlton dan pada malamnya miswsadi datang untuk sembang dengan CR dan koi sibok buat bahan presentation untuk esok di bentang untuk YB Yunus ddi WWBC s alam.

Pagi jumaat terus ke seksyen 3 kerana satu meeting dengan seretariat SUK tuan Isma dan sebaik selesai terus ke jais pulok meeting dengan KPP berkenaan spies masjid. Turut Ramli sidom pegawai khas. Setelah selesai beberapa perkara terus pula hubungi tuan daniel bagi appt dengan Setiausaha bahagian SUK pn munirah, namun terpaksa ditunda. Dan pada petang pula meeting lagi PMGS selangor.

Koi sejak malam hari khamis sehingg malam hari jumaat terpaksa melalui empat meeting, dan CR pula selepas jumaat terus puloa ke raub untuk satu program di sana selama tiga hari.

Pagi tadi koi masih sambung meeting lagi dengan koop pulok. Koi chair meeting tersebut hingga jam 1 tengah hari.

Minggu ini anok koi ada balik dari jerantut dan melaka. Dan petang tadi anto mereka ke jerantut dan anok koi di melaka naik bas ajelah.

Maka tinggallah ki bedua semula, cr balik kuantan dan seterusnya program isnin di kuantan, selasa di s alam dan setersnya mesti dihabiskan salam dua minggu.

Koi pulok sebaik habis meeting petang tadi, bersiap pula untuk ke mekah pada 18hb. maka terpaksalah cr setlekan sorang sehingga ujung tahun dan insya allah koi akan handle pada tahun depas.

SPIES masjid, PMGS, SUK selangor dan pahang, Pusat zakat dan lain-lain insya allah tahujn depanlah. Koi kena nekad. Semoga allah merestui dan menguatkan emosi.

Wassalam

Selasa, 3 November 2009

S.P.I.E.S


Salam. Dunia makin mencabar. Cabaran diri sendiri, cabaran kerjaya, rakan, keluarga, anak-anak, hiburan, sukan dan macam-macam cabaran. Ada yang berjaya, ada yang gagal dan ada yang menunggu keputusan. Fitnah dan mehnah makin menjadi-jadi, terutama fitnah politik. Betul apa yang dikatakan oleh makianveli, matlamat boleh dicapai hanya dengan cara menghalalkan apa cara sekali pun, yang penting mencapai matlamat. Tak kira agamawan, budayawan, dermawan, profesinalimsa apatah lagi politikus. Semua sukar dipercayai, lantas orang bawahan akan membuar persepsi sendiri, dan fitnah terus menjalar.

Apahal dengan dr. asri. Jais, Politikus, dan semua yang merancang dan berperanan dalam kes ini. Akhbar dan media massa pun apa lagi, ambil kesempatan untuk memecah belahkan lagi persepsi, pemikiran dan tindakan rakyat marhaen.
Apa sebenarnya tujuan dan maksud media massa ni.

Malas nak bincang soal yang dibesar-besarkan ni, apa nak jadi dengan umat akhir zaman ini. Agaknya bila jadi macam di padang baru ni barulah ada kecelikan pemikiran sebentar. Tapi minta dijauhkan Allah.

Jumaat, petang semasa balik dari hal-hal dunia dan berkesempatan menziarahi emak dan apak di kampong, dan solat jumaat, terus ke pejabat untuk urusan pejabat. Kali ini tugas yang paling penting menandatangani pelan projek perumahan. Uh berates helian perlu ditandatangani, termasuk menandatangani buku-buku cek. Ini kerana pada masa itu jangkaan ke mekah belum tahu.
Apa yang mengejutkan semasa sampai dirumah ialah penerimaan surat jadual penerbangan haji pada 31 Okt jam 3.15 ptg. Isteri masih di Melaka. Bayangkan jadual penerbangan sampai petang 30hb, penerbangan 31hb. Apa yang dapat saya buat. Bukan mahu pegi chow kit dan pasar malam.

Saya terus menghubungi call centre 1919, dan mengandu permasalahan yang dihadapi. Selang beberapa ketika Hj adam menghubungi dan menerima serta sedia membantu. Soalnya, apakah yang terjadi dengan rayuan saya selama ini.

Kerana khamis saya ke LTH dan sepanjaang hari jumaat cuba memnghubungi Hjh Noraini tapi hampa. Namun pada petang selepas isteri sampai rumah saya diminta oleh Hj Mat Nor menghubungi Hjh Noraini dan berjaya bercakap dengannya. Dipendekkan cerita dia minta fak surat rayuan. Kelam kabut cari kedai fak kerana hari dah pun 8.30mlm. Berkat kesabaran semua urusan haji telah diusahakan.

Pagi sebelum subuh tergesa bertolak ke ILSAS untuk program SPIES. Peri dengan isteri. Sampai agak awal dan program belum bermula. Pada awalnya sambutan peserta agak lembab dan akhirnya sehingga 10.30 barulah program boleh dimulakan.

Yang anehnya pada awalnya hanya diminta hadir sebagai pemerhati sahaja, namun terpaksa =mengambil alih kursus tersebut sepenuhnya sehingga akhir. Tetapi dibantu oleh crew dan lain-lain. Dr. Sufyan, Akhiar, Tuan, dan lain-lain terutama pegawai teknikal. Raja

Syukur kesudahannya berakhir dengan sempurna. Apa yang penting spies yang sangat murni itu dapat di empurnakan.

Semalam dapat satu panggilan dari KL untuk program ESQ minta dilaksanakan. Dan banyak lagi program lain dan terpaksa bersedia untuk yang lain.

Wassalam. Tak faham tak pe, boleh call 013-9356596

Jumaat, 30 Oktober 2009

Gelisah


Salam. koi ari tak tenteram betui. Semalam ke LTH urusan haji tak selesai. Pegawai tak ade. Sambung ari ni melalui talipon tak angkit. Pasal kawan koi kate kene terbang pada 31 OKT ari esok. Gone koi nok gi, surat tak de, dan tak dihubungi langsung oleh LTH. Koi pegi LTH nak kepastian tapi tak dapat.

Memang koi tak dapat gi ari esok, sebab banyok tugas belum selesai. Rodong koi pun masih kursus macam mane? anok-anok koi, emok ayoh koi, cuti dan lain-lain.

Masalahnya pada 25 Sept koi ade anto surat rayuan penerbangan akhir, 29 Sept koi anto surat dengan tangan dan pada 19 Okt koi pegi lagi, jumpa pegawai berkenaan tapi ape dia buat yak, dan semalam koi gi lagi, tapi tak selesai jugek, Ape kehalnya LTH ni, dalam paper dia sebut pendeposit di utamakan, keknye koi resoh betui ni, talipon tok jawab. Keknye koi doh nekad, tak akan pegi dan akan selesaikan kemudian.lantokklah ape nok jadi. Dah rezeki tak ade nok buat ape. Bukan saloh koi, keknye koi akan buat sesuatulah pade LTH.

Tapi sabo itu lebih baik, perjuangan belum selesai. Insya Allah dengan izin Allah bende ni akan selesai, sebab nok buat bende baik takkanlah Allah tak bersama kite.

Wassalam.

Khamis, 29 Oktober 2009

Haji

Salam. Semalam koi ke kl lagi. kali ni pergi dengan bebudok sekoloh melawat parlimen. Selain koi arab ketua pasukan su dan som bersama 40 pelajar dan termasuk boss dan suami.

Kome bertolok dari mentekap jam 7.30 am dan sampain di parlimen jam 10.45 am. Boss tunggu di kl dan joi kome di sane.

Jam 11.00 am kome dibenar masuk ke dewan rakyat. selame satu jam kome duduk dalam tu, tengok orang berbahas, tiada yang menghangatkan.

Jam 12.00 kome keluar dan ada taklimat di dewan negara pulok, olel PR Parlimen En. Rashid. Jam 1.00 pm YM temerloh belanja lunch dan sesi taklimat dia lepa tu, tapi koi tak gi sbb koi nak cari rodong koi,dan jumpa, mahfuz, KJ, Ust Mat Husin, Rd. Mujahid, Fr. Zulkifli dan Khalid Samad. Kejap je, hanye cerite biase je. Pas tu kome sume keluar, tapi hujan dan tak boleh naik bas lagi. Sementare tunggu hujan sidang kome sembang, koi sembang dengan boss dan suaminya, dan ade jumpa YB Kepong.

Jam 3.00 pm hujan tak sidang dan kome amik keputusan redoh je ujan tu pergi ke bas, dan terus ke midvalley. Lepas solat koi dan arab gi ke low yatt, bebudok kome lepaskan jalan-jalan ke midvalley hingge jam 8.00 pm.

Di low yat kome jalan-jalan je dan tak dapat ape pun cuma dapat letih. Tapi yang mengejutkan, Ust Mat Nor talipon dan dia kate, kene gi aji pada 31 okt ni. Sungguh mengejutkan, sbb koi dah 3 kali buat rayuan untuk akhir, tapi lain pulok jadinye. nampoknye, kene gi kl lagi ari ni.

Selasa kl, mesyuarat dengan suk selangor di s.alam, rabu kl gi parlimen, ari ni kl urusan aji pulok, esok kl lagi, hingg ahad sbb spies, hai apelah nok jadi ni.

Rodong koi di melaka balik jumaat, nampoknya dia balik koi gi pulok dan jumpa ahadlah agoknye.

Tapi, semase koi baliik dari kl selase lepas hari dah malam, dan koi balik sampai rumoh dah malam, dan koi dapati berlaku blak out. Ingat nak bukok email tapi ruprnye modem pulok terbako. jadi koi terus tido ajelah. Semalam baru koi repot kat TM dan baru kejap tadi dia naok repaire, keknye koi tak dapat pulok, janji jumaat petang.

Nulis blog ni rupenye bukan senang, kene ade mod dan emosi yang tinggi. Dulu ramai kenkewan buat blog, tapi lame-lame bosan dan tak nulis dah. Koi pun same, hampir malas juge nak nulis, tapi koi kuatkan semangat nulis juge kalau sempat. Sebab koi tengok orang politik lagi sibuk, boleh nulis takkan koi yang tak sibuk ni tak dapat nulis.

Sekian.

Isnin, 26 Oktober 2009

Wacana Perkapas


Salam. Sejak seminggu yang lalu koi buat keje sikit. Program wacana. Berurusan dengan Syed dan fairuz serta YM. Syed dan YM sapot duit dan fairuz urus perjalan dari mule sampai akhir. Koi dapat kolet duit lebih RM seribu. Lepaslah buat program. Kome ni buat program wacana untuk memperkasakan jamaah. Dah lame beno koi tak buat bende gini. Sejak 2004. Sebelum tu koi memang tere buat bende-bende ni. Al maklumlah berjawatanlah katekan.

Kome cuba cari tempat yangf agak selse sikit tapi di Temeloh ni mana ade tempat yang molek, last-last buat kt atas dewan HPA. Oklah jugek tapi panas kerana aeikon tak cukup.

Semalam berjalanlah wacana yang kome rancang. Pembetang utame YB Salahudin. Tapi sebelum tu program perasmian dulu. Pendaftaran jam 8.30 pagi. Koi nampok naza dah ade tunggu, bagus naza ni, dia jalankan tugas yang diamanahkan dengan baik. Jam 9.00 pagi patut program pun mule, tapi koi nengok peserte tak naik lagi. Jam 9.10 pagi koi minte pengerusi majlis jalankan program walaupun tetamu jemputan perasmi belum sampai (PJ). Makenye pengerusi abang lan yassin pun jalankan tugasnye, barulah peserte naik dan memenuhi dewan. Syed selaku pengarah dah ready lame.

Sedang syed cakap barulah PJ dating, dan terus resmikan program. Sebelum tu ustaz hod bace doa. Program ni program, perkasa, tapi nampoknya PJ dah merapu, cerite soal EGM pulok, apelah punye PJ dahlah dating lambat, cerete tak masuk lain pulok. Pastu amik masa panjang pulok. Sebab 9.30 slot koi pulok. Dah hamper pukul 10.00 barulah dapat koi bercakap.

Sloy pertama, ceramah satu, mulenya kome cadang YM beri, tapi tak sesuai lalu koi amik alih. Koi dah bersiap lame dah. Dengan slide dan bahan. Keknye mase koi dah di curi oleh PJ tu. Tapi tak pe, koi tetap jalankan tugas hingge 10.30. prinsip koi ikut jaduallah. Make terpaksalahlah koi habiskan ceramoh koi ikut mase walaupun patutnye tak gitu.

Maka koi pun mulelah bercakap, isi yang koi cakap tak perlulah cerite, kek nye dah lame tak cakap ni telo juge mule nye, namun perkara utama yang koi Nampak, sejak dulu orang lame juge yang datang. Adakah mereke tak rekrut orang baru, asyik orang lame je, atau orang lame nak jadi pelepah pisang berbanding pelepah kelape. Hai terok ni. Namun slot koi sangat berjaye, koi kate, koi bukan nak ceramoh atau bentang kertas keje, sebab penceramaoh ramai yang hebat, motivator pun ade, Ph.D pun ade, tak payola koi cakap berdegor-degor, cukuplah koi kate, kite sharing. Sharing. Make koi pun sharinglah denga mereke sume. Tapi ape yang koi nampok, mereke agok kelu bila koi mintok sharing, dan pandangan. Mungkin dah lame mereke taka de program, sebab itu mereke kelu.

Tepat jam 10.30 koi pun berintilah cakap, walaupun slide belum abis tayang lagi, tapi tak pe, yang penting program berjalan dengan baik. Pas koi cakap, berenti minum, dan lepas tu YB salahuddin cakap pulok. Yang ni pun seko, peogram yang dibuat ni program dia, tapi dia juge cakap merapu, apa punye pimpinan ni, Patutlah kite lambat kedepan.

Program seterusnye aktiviti, yang buat Zaharuddin, oklah juge program dia tu, cume hari dah tengah hari, dewan makin panas. Kemudian jam 1.15 petang tamatlah wacana tu. Kate sesetengah orang yang kita sasarkan 130 orang je, tapi yang dating 160 orang. Wah! Hebat ni. Maknenye, orang jamaah ni suke pade program ni, tapi kite tak buat je.

Fid bek kome, memanglah kome syok sendiri, puji sendiri, kalau bukan sendiri puji, siape lagi. Pas program siap, koi dan YM baliklah. Diumah YM kate dia sangat puas hati, program menepati objektif tapi pengisian sedikit tersasar.

Wassalam.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Politik


Salam. Ari ni koi nok cite politik sikit, boleh?. Semalam koi gi temeloh dan mentekap dengan rodong koi. Ade hal sikit. bayar bil dan beli barang haji. al maklumlah koi nok gi aji taun ni. insya allah. Tetiba YM call koi nok jumpe. Dia dari KL. Koi kate ok je, dan dia mintok koi hubungi amir. Dia dah call putera. Tapi sebelum tu jam 4 koi ade hae dengan YB, tentang wacana. Koi jumpe dia di restoran ibu jah. Fairuz ade sekali. Kome nengok tempat wacana. Lepas tu dah tak de nok cari ape dah koi pun balik solat asar. Lepas solat koi tel YM, dia tak angikt, tige enpat kali koi call, dia tak angkit. Dan jam 6 prg koi call lagi sekali, dia angkit, dan tunggu koi di OT jalan bahagian.

Koi pun begegaslah ke sane, ari ujan dan trafik kelam kabut sikit. Belum sempat koi duduk dengan selesse putera terus nanye, awok dah baca tulisan azia bari?, kaoi kata bace! dan memang betul ape yang ditulis oleh aziz bari tu, kate koi. Tapi malangnye koi kate ustas deris nafi dan hanifa setuju. Putera kata sape nafi bodoh.

Ari ni pagi tadi koi buka internet, koi jumpa tulisan TGNA tentang hal tu. Nampok gayenye dah kalut pulok politk ni, jika TGNA pun dah masuk campur. Tapi penarek beca kata tak betul timing. Lepas koi bace tulisan tu, koi terus call putera. Koi suruh dia bace pulok. Ape komen dia, lantok dia lah.

Hal tu koi tak kesaoh, tapi bende ni koi dah kate lame dah banyok yang tek betoi. Tapi kite ni sape, orang yang dibuang dan terbuang. Tak masuk dalam, buku. Sebenonye, hal ni bukan dari atas je, pimpinan bawoh ni pun kelam kabut, tak tau nok bawok ke mene kite sume. Program tak de, aktiviti tak de, kenyataan tak de, ape yang ade? sibuk berpoltik dan menyuarat yang ntoh ape tu.

Dua ari lepas koi sempat beborok dengan suk, isunye tak payoh citelah, cuma yang koi tertarik dua tige kali dia ada sebut, kalau susoh ngat koi letok jawatan je? ape hal ni?
Itulah wawasan pimpinan dari cawangan, kawasan, negeri dan pusat, same je, kejar bayang-bayang.

Koi bukan ape, kite sayang jemooh.

Ok Ym ajok koi ke KT. tapi nampoknya tak daptlah. ade hei sikit. sori je?

Sekian. dan wassalam

Khamis, 22 Oktober 2009

Sori

Salam. Jumpa lagi dan koi mintok maaf bebanyok, lame tak nulis. Bukan ape, sake buat sibuk. Sejak minggu lepas koi tak sempat nok nuke komputer, dan nulis blog. 10.10 koi ke ESQ, recharge. Gi naik kete koi dengan rodong dan YM di Matrade. Tengoh ari anto rodong balik naik bas, dan koi sambung rscharnge sampai malam.

YM dan koi cari tempat lepak, malas nok berkire , lepak di DYNASTY, tapi agak malang cermin belakang kete koi terantuk kat tembok dan berderai. Kek nye koi tak ksoh ngat, dah tak de rezeki. Malam makan kedai mamak dan beborak ngan YM sampai malam. Esok sambung recharge, dan balik malam ahad.

Sibuk ngan keje dan program wacana, dan pas tu cuti depavali, ngan anok-anok, dah lame koi tak jengok ayoh ki di kampong. Rodong pulok minggu ni ke PD kusus, dan koi dan anto dia dan tido semalaman di PD sbb koi cuti lagi sampai selase.

Balik selasa petang dan sempat juge tido sorang. Semalam emok koi telepon, koi rase sedih juge, tapi malam semalam juge sempat koi bincang wacana dengan fairuz.

Selasa lepas juge ada program dengan rodong di MS Garden. Koi tukang anto je. Kemudian ada kawan koi naza ajok ke Grand Con pulok. Koi ikut je tapi koi gi jumpe YM.

Rabu 20hb mule keje semule. Kene entertain JPJ dan tiada isu yang nok cerita.

Tapi, cite pokitik trak abis-abis. bagan pinng masih menghatntui PR. Bajet esok akan dibentang oleh tok jib kite. kakitangan kejaan nok bonus.

Baca surat kabo hari-hari cerite jenayah, dan macam-macam. Kek nye life goes on.

Time kasih.