Khamis, 11 Februari 2010

Salam

Jumpa lagi. ape kabar sume? harapannya sihat sahaja. Koi baru je balik dari lembah pangsun ulu langat. training di sana untuk 56 orang PTRS. Bersama YM dan crew. 3 hari sejak isnin tapi pegi petang ahad.

Ari boss bagi rihat walaupun ada program di janda baik. Dapat uruskan beberapa program khususnya di Kem al Azhar Morib pada minggu depan.

Esok kena ke kem semilang k. selangor pulok. Ada 3 hari RBB di sane. pas tu mingkin boleh rehat seminggi cuti raye cine. Hajat nak ke ESQ pada minggu depan 19hb.

Selame beberape ari duduk di kem, baru ari ni dapat lihat dan baca berite. tentang politik yang makin kelam kabut.

Kudeta di perak, zul nordin, pengerusi petronas dan macam-macam. Bosan dengan kebahlulan manusia yang tidak pernah mahu meyelesaikan tapi sentiasa menambah masalah, ch zul nordin tu, geyenye hebat sangat, kek nye dengan dia cakap kt tv tu, selesaikah masalah atau menambah masalah, terutama pada diri dia tu sendiri. Apa tujuan dan objektif dia sebenarnya. Nak perkukuh atau dan meroboh. Dua-dua roboh dan jahanam semua dengan hujah dia tu. Jangan kita jadi penyebab pemecah belah dan bangga demgan kejayaan kite tu.

Ok sampai sini dulu, malas nak mengemen banyok-banyok nanti tersasul pulok.

Kembali kepada kebenaran adalah dituntut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan