Khamis, 10 September 2009

SUK


Salam. Rabu koi ke kuantan meeting dengan SUK unit kualiti. Biasalah dengan YM. Lepas subuh koi terus ke kuantan janji tungu depan masjid. Masalah komunikasi koi tak jumpa YM. Rupanya dia sebelah kanan koi sebelah kiri. Jam 9.15 koi rasa kecewa dan buat urusan dengan MBF. Selesai di situ koi berhajat nak tulis nota di kereta YM. Tapi dia ada call koi.

Sebab tak dapat jumpa dengan YM adalah kerana dia tertinggal hp di diumah. Maka koi tak dapat cakap ngan dia. Tapi akhrinya dapat cakap tapi dah agak lewat jam 9.30. Namun koi hadiri juga meeting tersebut. Pegawai SUK Yusri, Syed dan 2 pompuan termasuk Zainal dari JAIP. Perbincangan berkisar tentang ESQ.

Selesi meeting YM bergegas ke Pekan dan tak sempat berborak lama. Mungkin dia marah, atau kecewa dengan peristiwa ari tersebut. Lepas tu koi terus ke pejabat Astro untuk selesaikan urusan di situ.

Dalam perjalan ke kuantan pagi tu ari ujan renyai. Semasa berenti di R & R gambang, koi nampak pak mod.

Selesai urusan astro koi terus balik Temeloh. Singgah di masjid sg gau solat zohor. Lepas tu terus balik umah dan tunggu rodong balik ajak gi ke rumah seperi di TJ. Tujuannya untuk kirim barang sikit ke anok koi di mesir melalui anaknya yang akan ke sana kursus medic di mesir pada 11 hb.

Semalam selasa semasa koi balik umah dari kerja, koi bukak pintu, semasa mula masuk umah koi dengar benda jatuh dari dalam bilik. Koi pun jengok tengok tapi koi tak nampak apa-apa. Maka koi pun relax kejap. Kemudian semasa koi nak solat zohor koi ternampak seekor ular. Rupanya ada sekor lagi ular masuk ke rumoh koi. Koi pun pantau kedudukan ular tersebut dan dalam masa yang sama koi hubungi 999. Selepas 15 minit JPA datang dan orang yang sama datang hari semalam semasa menangkap ular dari bilik anak koi. kali ni ular tedong.

Ari ni paper kata penjawat awam golongan sokongan dapat duit raya RM 250 dan duit sekolah RM250. Inilah nasib rakyat malaysia. sentiasa di jual maruahanya. Bangsat sangatkah pekerja malaysia hingga sentiasa mengharap bantuan kerajaan yang macam tak payah bantu pun tak apa. Adakah kerajaan mempermain-mainkan sahaja rakyatnya. nak bagi- bagai, ikut suka je. Macamlah mereka tu pengemis dibuatnya. Kemudian mereka yang tak ada harga diri, berkobar-kobar kata kerajaan perihatin. Apa ni Omar cuepac?

Sekian. waassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan