Selasa, 27 April 2010

Kesian MeLAYU

Salam. Tanpa disedari, hari, minggu dan bulan terus berlalu. Kehidupan alam semakin hari semakin sampai ke penghujungnya. Bile, hanye yang maha esa yang mengetahuinye.

Dalam seminggu dua ini, koi agak relak sikit. Semua jadual kerja RBB telah disetup dengan baik, namun human error tetap berlaku, program 24 april terpaksa ditunde, ini kerana hari tersebut walupun hari sabtu, tetapi sekolah bersekolah ganti cuti hari raye.

Minggu lepas hanye buat keje diumah dan hal koperasi sahaja. Projek camp site tergendala, pokok getah belum dikeluarkan. Ini masalah Nuar dan lorinye.

Ahad ke Pekan, rumah Ustaz Yaakob, pergi urut apak yang lumpuh, sebaik selesai solat subuh terus bergegas ke kampong urusan tersebut. Berat mate memandang, berat lagi bahu memikul. Kesian apak, dipenghujung kehidupannye begini jadinye. Namun syukur di atas semua kehendakNye.

Semalam, program motivai perdana di SMK Maran 2. Biaselah, koi pergi dengan Sekeri pembantu yang setia. Program permula selepas perhimpunan sekolah, Tepat jam 9.00 pagi koi mulekan program. Sehingga jam 10.30 rehat sekejap.

Mula jam 11.00 pagi diminta menghabiskannye hingga jam 2.40 petang. Inilah kali pertama berceramah non stop sehingga 2.40 kalau di kira hampir lima jam, namun digagahi jugek, hamnpir cramp juga kaki. Walaupun begitu, pelajar masih setia dan penih minat bersame. Program berakhir dengan penuh ceria, penutup dengan chicken dance. Tiada acare nangis-nangis.

Pukul 10.00 malam 25 hb, anok koi dari poli sms emaknye, emaknye tunjuk ke koi sms tu, bunyinye, PKR kaloh 1000 lebih. Koi terkedu jugek, anok koi doh sensetif dengan politik negare. Itulah yang sepatutnye. Dan koi dah dapat jangka sejak jam 6.00 petang lagi kekalahan PKR melalui maklumat alam maya.

Itulaj politik orang me LAYU. Calon MIC dimenangkan dan calon meLAYU di henyahkan tanpa pertimbangan yang rasional, hanya sekadar menerime dab mempercayai janji sejak 50 tahun yang lalu, adakah ingin percaya hingge 100 tahun lagi? Kesian orang meLAYU.

HS, orang cine, india undi melayu, orang meLAYU pula undi india. Zaid dikatakan calon luar datang dari kelantan, tapi Kamal pula dikatakan calon tempatan tetapi datang dari India. Kesian orang meLAYU.

Ini koi salin dan terbitkan satu pantun untuk tatapan semue. Asalnye ditujukan pada PRK Bukit Gantang tapi koi modifide sikit untuk HS. Penciptanye ialah Abd Manaf Latif, katenye dia adelah bekas Ketua DPP Pahang tahun 60han.

Hulu Selangor bertanam tebu
Pak Ngah dan Pak Cu Bergotong Royong
Nasib malang bagi meLAYU
UMNO selalu bercakap bohong

Buah pauh dari seberang
Untu sarapan kawan dan taulan
Dari jauh kami datang
untuk hancurkan calon barisan

Kita balik bersama isteri
Pak Samad balik bersama keluarga
Kalau Najid perdana menteri
Alamat negara jadi huru hara

Puyu bukan, sembilang pun bukan
Itu namanya ikan haruan
Melayu bukan Islam lagilah bukan
Itu namanye dasar barisan

Samalah kita pergi kenduri
Selamat pergi, sama-samalah kembali
Mana dia Islam Hadhari
Alamatlah UMNO hendak bunuh diri

Berangan, salak buah kedondong
Untuk hidangan dipetang hari
Jangan salah ibu mengandung
Salahkan tangan memangkah undi.

Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan