Rabu, 5 Ogos 2009

SPIES

sALAM. Selamat bertemu. Semalam ke SUK Selangor. Post Mortem dan Taklimat SPIES. Sebenarnya koi di ajak oleh YM untuk join dia dalam program SPIES ni. Secara personaly koi tak minat ngat tetapi atas rasa tenggongjawab atas Islam koi pegi juga. Koi nampak Kerajaan selangor memang ada usaha untuk membangunkan modal insan di negeri tersebut. Berbagai usaha telah, sedang dan akan dibuat. Usaha ini mesti disokong. Tapi nampaknyanya soal imbuhan nampaknya ada juga di sikit-sikit kesannya kepada peserta, namun umumnya tiada konsultan yang membangkitkan soal imbuhan terssbut.

Pada umumnya koi juga ada syarikat konsultan tersebut, tapi buat masa ni biarlah koi joi YM dulu.

Nampaknya koi ni suka menolong dan agak susah menolak jika kekawan meminta tolong sesuatu. Tapi takpelah. Moga ada kebaikkannya di sisi Allah.

Lepas tu koi sempat minum dan sembang dengan abang mat di restoran khalifa. Ada juga isu baru dan menarik. Biasalah kalau jumpa abang mat memang begitulah wataknya.

Sabtu lepas koi, tuah dan emak ke KB ambil barang emak di pasir tumbuh. Kome bertolak jam 2.30 pm selepas koi selesai urusan haji di LTH. Kome samlai di sana kurang lebih jam 11.00 malam. Koi pinjam hilux amir. Yang malangnya, barang emak koi telah di kelaurkan dari rumah sewanya atas alasan ada orang lain mahu menyewa. Tapi emak koi masih membayar sewan rumahnya sehingga ogos depan. Bagaimana tuan rumah dan si penyewa baru tergamak dan sampai hati, mengeluarkan barang mak koi dalam tempoh bayaran sewa masih ada. Inilah manusia. Tak dapat nak baca isi hati mereka.

Apak masih belum pulih sepenuhnya. Fikirannya masih ingat lupa. Bilalah agaknya dia akan pulih sepenuhnya. Koi sentiasa berdoa dan berusaha untuk membantu memulihkan dengan cara fizikal dan dalaman.

Anak-anak dari PD dan MMU ada balik. Ada kerana cuti atau H1N1. Moga bala yang melanda ini dapat di pulihkan dengan kehendak Allah swt.

Semoga hari ini hidup tenang dan kondusif selalu.

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan