Sabtu, 11 Julai 2009

Kuliah

Salam. Yang tadi tu hari semalam punya. Sbb semalam off line tak dapat nak diterbitkan. Pagi ni selepas solat subuh di masjid koi b alik dan terus buka kompurter. Ini juga pasal cerita hari semalam.

Balik dari keje, koi bergegas ke kg tengok apak. Seperti biasa setiap hari jumaat koi solat jumaat di kg, bersama apak. Selepas membeli 2 bungkus nasi briani di kedai mamak curry house, koi terus balik dan apak koi telah menunggu di dapur. Hari ni koi lambat sikit dari biasa.

Setelah naik ke rumah koi terus membuka juadah untuk makan bersama apak. Kami makan bersama, dia sebungkus dan koi sebungkus.Biasanya ada mamat bersama anak tuah. Tapi hari ini mamat tiada.

Selesai makan, tuah naik dan kami berborak, setelah jam 1, apak kata dia nak mandi sebelum solat. Semasa dia bangun dari kerusi, koi lihat dia agak tidak stabil. Kemudian dia terus ke bilik air agaknya. Koi dan tuah terus berborak. Setelah 15 minit apak belum keluar dari bilik air. Dan kome beralih ke ruang tamu dan terus berborak. Koi sempat melihat bilik air tapi masih bertutup tanpa mengsyaki apa-apa.

Hari menghampiri jam 1.30 dan tuan turus kejap. Selepas itu dia naik pulok dan koi kata apak masih di bilik air. Dia terus ke bilik air dan memanggil nama apak. Apa menayhut dan rupanya dia telah terjatuh mungkin strok. Kepalanya terhantuk ke lantai.

Kome berusaha dan bersusah payah membuka pintu bilik air dan mengangkatnya ke teampat yang lebih selesa. Tapi sebelah kiri badannya nampak tidak berfungsi. Kami agak panik dan membetulkan kedudukannya. Suaradan kata-katanya sudah tidak jelas. mulutnya sedikit herot.

Setelah beberapa ketika kami bertenang dan mula merawat apak semampu mungkin. Biasalah sapu minyak afiat di tempat sakit. Peha, tangan dan terutama kepala. Sambil bertanya kepada apak, bagaimana jatuh dan di mana sakit sambil bertanya mahu hantar ke hospital. Dia senyap aje.

Rupanya dia tak perasan bahawa dia kena stroke. Dia minta di dirikan kerana mahu berjalan. Tapi sebelah kirinya tidak berfungsi. Dia kata kanan sakit dan kiri tiada apa-apa. kami terus menghubungi kak ngah, kak long dan lain sedara mara. Emak tak dapat dihubungi kerana tak tahu kemana. puas call tak dapat.

Hubungi akak dia di machang. Akhirnya dapat juga hubungi emak dan kabarkan brita tentang apak. Emak nampak relax aje.

Akhirnya apak dah tenang, buang air dan nampak agak lega kami tanya lagi hantar ke hospital dan dia nampak setuju. Hari ini kami tak pergi jumaat, dan solat zohor aje. Jam 3.30 ptg ambulan sampai dan hantar apak ke hospital. alhamdulillh selamat dan apak dirawat di hospital.

petang kak ngah balik dan selepas agak reda koi balik umah kerana maghrib koi ada kuliah.

Inilah dunia, pada pagi apak ke kuliah aji baki, cerita pasal kuliah koi dan lepas tu makan dengan koi tapi tanpa dijangka sekelip mata jam 1 ptg jatuh dibilik air. Syukur koi dan tuah ada. Pada asalnya koi ada rasa tak mahu balik dan tuah pulak jarang ada pada jumaat di kag.

Itulah takdir dan kehendak allah.

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan