Sabtu, 11 Julai 2009

Malas

Salam. Semasa mula membuat blog dulu koi bukan main semangat lagi menulis dan membuaka blog. Setiap hari menulis. Tapi semenjak dua menjak ni mula rasa malas. Tak tahu mana perginya semangat. Nak kata tak ada bahan, berlambak. Inilah yang dikatakan hangat tahi ayam. Ngape agaknya kita macam tu. Peringkat awal Nampak bersemangat namun tiada sampai kepenghujung.

Selasa lepas sahmad Malaya pulang ke Rahmatullah. Maka selepas asar disempurnakan pengkebumiannya di TG Besar. Semasa mahu menunaikan solat asar di Masjid Tg Besar, koi ramai jumpa dengan kawan-kawan. Antaranya dari Taman Seri Semantan. Agak lama koi tak jumpa mereka walau kediaman koi di belakang taman mereka. Dulu koi solat subuh di Masjid mereka namun setelah beberapa tahun koi pindah ke Masjid batu 1. Itu adalah sebabnya. Mereka ingat koi dah pindah.

Pagi tadi 10 Julai selepas koi menunaikan solat subuh di Masjid, koi bergegas ke BIMB Temerloh. Hajat mahu mengbank in sehelai cek. Dengan penuh semangat juga koi pada pagi tu. Selepas mengisi borang koi tak sabar terus memasukan cek ke dalam mesin slot cek, keknya rupanya mesin tu rosak. Pulak dah, inilah BIMB. Sekejap ATM rosak, sekejap mesin bayaran rosak dan hari ini mesin cek pulak rosak. Apalah BIMB ni.

Dulu semasa PPSMI dilaksanakan setiap tahun selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan, semua matapelajaran meningkat. Terutama Mate dan sains. Berbagai pujian dan kata-kata pujian mengatakan PPSMI ni bagus. Pelajar dan bebudak sekolah hebat, dan cepat pandai dan macam-macamlah. Terutama media massa seperti UM, BH, TIVI 3 dan lain-lain yang sewaktu dengannya, bukan main lagi. Ampu sana, ampu sini. Tapi bila nak dimansuhkan PPSMI mereka jugalah yang mengutuk PPSMI ni. Program gagalah. Pelajar melayu ketinggalanlah dan macam-macam lagi. Apalah mereka ni. Hipokerit betul. Orang yang sama, medan yang sama tapi munafik, terutama prof.prof kangkung ni. Janji naik pangkat, dapat imbuhan dan gelaran. Mampus.

Perpaduan masih lagi menjadi topic hangat diperkatakan. Apakah rakyat Malaysia tidak bersatu sekarang. Dan dah lebih 50 tahun merdeka apan Be End buat? Apabila mereka kuat contoh 2004, Malaysia mempunyai rakyat yang sangat kuat perpaduannya, tapi apabila mereka hamper kalah, contoh 1999 dan 2008, maka rakyat telah berpecah, apahlah Be End ni, mengarut sahaja. Ingat rakyat percayaka?

Royalti. Rais anak Yatim yang juga pemafatwa AMNO kata, Kelantan tak layak dapat royalty minyak kerana mengikut undang-undang. Terengganu dapat bukan royalty tapi ehsan. Ni satu menteri, masih mahu mempebodohkan dirinya dengan mengajak orang lain menjadi bodoh seperti dia. Dulu bakar jambatan, tapai rupanya jambatan buluh sahaja, lepas bakar boleh buat balik.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan