Selasa, 30 Jun 2009

Hidup

Salam. Hidup mesti diteruskan. Pelbagai cabaran, rintangan, halangan, namun rutin terus seperti biasa. Samada kita suka, setuju, bersedia atau sebaliknya ia tetap berlalu.

Kerajaan perpaduan sudah dipenghujung perbahasan. Timbul pula isu debat dan seumpamanya. Sampai bila kita harus menerima keadaan ini. Sampai bila kita mempunyai ketahanan menghadapi kerenah politik begini.

Ekonomi pula masih terumbang ambing. Datang pula selsema babi. Dan babilah yang masih menghantui manusia sejak dudlu. Tidak anda tahu bahawa terjumpanya influenza ini sejak awal 1900 dahulu.

Untuk kesekian kalinya koi akan terus ditinggalkan rodong. Nun selama seminggu meeting di KL.

Minggu ini dan minggu depan para remaja kita mendaftar di IPTA. 22 semuanya tidak termasuk poli dan IPTS. Kemana hala tuju mereka/\? Dunia atau akhirat.

Mahu berjaya dunia dengan ilmu. mahu berjaya akhirat dengan ilmu. Mahu keduanya juga dengan ilmu.

Carilah ilmu.

Thanks

Tiada ulasan:

Catat Ulasan