Jumaat, 28 Ogos 2009

Puasa

Salam. Mula cuti sekolah ni mulalah puasa. Minggu lepas koi ceramah tentang halal haram di masjid batu 1. Terkedu semua orang. Selama ini kite hanya fikir tentang makanan sahaje. Tapi bab lain seperri keperluan harian, sabun, pencuci pinggan, bedak, gincu dan lain-lain juga ada halal haramnya.

H1N1 masih berleluasa. Pagi Jumaat 18hb jam 4.30 am koi anto anok bongsu koi ke Hoshsas, demam agak tinggi, baru hari ini nampok dia sihat, seminggu lebih juga dia demam, kemudian betrgilir-gilir anaok koi demam, abis semua demam belake. Syukur ari ni semua dah lege.

Maknanya hanya koi berdua sahaja yang berpuasa minggu ni. Makenye relaklah sikit tukang masak.

Semasa program dan santai-santai ada juge koi jumpe rodong-rodong, Mereke komplain juga tentang blog koi ni, ada juge yang bace dan respon berkenaan blog koi.

Selasa koi ke pantai madical. Agak malang semasa selepas shoping di TAR, jam dah 5.45pm kerete pancit pulok betul-betul tepi Sogo. Agak panik tapi syukur selesai di atas usaha sendiri. Bergegas balik kerana janji ada meeting dengan YM. Tapi lege, sms dia nak relaxje malam tu. Meting tunde rabu.

Pagi rabu kome meting dan selesai tengah hari. Buat pertemuan dengan PJ sekejap dan petang terus ke S.Alam untuk meting pulok denga Dr. Ruziah dari Akademi Zakat. Urusan RBB selangor. Kome tido di Carlton Hotel. Hebat juge, berbuka dan sahur di situ. Ayam golek dan sop gear box. Huh!.

Pagi Khamis meting di Wisma Mais. Urusan RBB Selangor, YM Bentang dan nampaknya proposal diterima dan akan dilaksanakan secepat mungkin.

Ini semua pasal pembangunan insan generasi baru. Untuk pelajar seluruh selangor yang terpilih.

Koi ni memang pakar bab tu dan paling terbaru koi di ulas sebagai satu ceramah yang paling mengkagumkan, Itu ulasan pengerusi majlis dalam satu talk yang koi beri. Koi pun terkedu dan agak tersipu.

So, siapa-siapa bolehlah jemput koi untuk program talk. Oh ya, 4 sept ni koi alam ada satu talk di Seri Malaysia, Koi akan talk tentang self teraphy. Siapa berminta boleh attend, free. Jam 5.00pm.

Kalau mahu cerita memang banyak. cukup takat ini. lain kali jumpa lagi. Wassalam

Sabtu, 15 Ogos 2009

Program

Salam. Bulan lepas koi diminta berceramah parenting skill di SMKSS. Program tajaan MARDEC tu, biasalah amatlah tak hebatnya sambutannya dari ibu bapa. Tapi koi peduli apa, koi ceramah seperti biasa. Sebab tugas koi adalah ceramah, tugas mereka datang dan dengar ceramah. Yang panggil koi ceramah ialah al bakri.

Hari ini, pagi tadi koi diminta berceramah parenting skill juga, di SMKBC. Sambutannhya sama sahaja, amatlah tidak hebatnya. Tapi koi belasah macam biasa. Dia orang ramai ke, sikit ke! koi hanya jalankan tugas berceramah.

Semalam koi ada program di Masjid Bt 1. Lepas program koi terus balik. Bila koi tengok dan baca h/p koi ada miss call dari YM. Koi terus call dia balik, dia kata penting, tapi did ada ceramah dan akan hubungi kemudian. Maka koi tunggu dan tertidur. 10 minit sebelum jam 12.00 malam dia call koi semula. Dia kata SUK Pahang pulok nak meeting.

La,koi ingat apalah yang penting sangat.

Rabu lepas, koi balik kampong dan seperti biasa ziarah apak koi yang stroke. Koi sangat sedih dia mengadu amat sakit dan apakan daya koi nak menolongnya. Dia minta koi bawa jumpa doktor termasuk doktor pakar di Ktn atau d SA. Tapi koi kata ngan dia koi akan bawakan doktor jumpa dia, dan dia bersetuju.

Petang tu sebelum jam 5.00 koi bergegags ke bandar untuk berjumpa doktor yang sudi ke rumah apak koi. Tapi diluar jangkaan rupanya tiada doktor yang mahu berkhidmat rumah ke rumah. Lalu koi balik dan sangat kecewa.

Petang jam 7.00 malam koi ajak rodong ke sebuah klinik 24 jam. Syukur ada dr yang sudi datang ke rumah. Koi tak fikir soal berapa bayaran, tapi rupanya bukan semua orang suka buat kebajikan.

Itulah kehidupan. Menjawat dan berkerjaya hanya semata-mata wang dan masa, bukan kerana ikhlas dan kebajikan.

janganlah keturunan koi ada yang macam tu.

Tapi ada berita yang tidak baik dari PD. Berita tentang anak koi yang ke3. Dari dulu sampai le ni, air mata ibunya masih mengalir dengan perangainya.

Setiap malam koi berdoa, tapi belum lagi dikabulkan. Ini mesti salah koi yang tak jaga dosa dan maksiat.

Berapa ramai manusia yang merasa Allah ada di sisinya?

Wassalam.

Rabu, 5 Ogos 2009

SPIES

sALAM. Selamat bertemu. Semalam ke SUK Selangor. Post Mortem dan Taklimat SPIES. Sebenarnya koi di ajak oleh YM untuk join dia dalam program SPIES ni. Secara personaly koi tak minat ngat tetapi atas rasa tenggongjawab atas Islam koi pegi juga. Koi nampak Kerajaan selangor memang ada usaha untuk membangunkan modal insan di negeri tersebut. Berbagai usaha telah, sedang dan akan dibuat. Usaha ini mesti disokong. Tapi nampaknyanya soal imbuhan nampaknya ada juga di sikit-sikit kesannya kepada peserta, namun umumnya tiada konsultan yang membangkitkan soal imbuhan terssbut.

Pada umumnya koi juga ada syarikat konsultan tersebut, tapi buat masa ni biarlah koi joi YM dulu.

Nampaknya koi ni suka menolong dan agak susah menolak jika kekawan meminta tolong sesuatu. Tapi takpelah. Moga ada kebaikkannya di sisi Allah.

Lepas tu koi sempat minum dan sembang dengan abang mat di restoran khalifa. Ada juga isu baru dan menarik. Biasalah kalau jumpa abang mat memang begitulah wataknya.

Sabtu lepas koi, tuah dan emak ke KB ambil barang emak di pasir tumbuh. Kome bertolak jam 2.30 pm selepas koi selesai urusan haji di LTH. Kome samlai di sana kurang lebih jam 11.00 malam. Koi pinjam hilux amir. Yang malangnya, barang emak koi telah di kelaurkan dari rumah sewanya atas alasan ada orang lain mahu menyewa. Tapi emak koi masih membayar sewan rumahnya sehingga ogos depan. Bagaimana tuan rumah dan si penyewa baru tergamak dan sampai hati, mengeluarkan barang mak koi dalam tempoh bayaran sewa masih ada. Inilah manusia. Tak dapat nak baca isi hati mereka.

Apak masih belum pulih sepenuhnya. Fikirannya masih ingat lupa. Bilalah agaknya dia akan pulih sepenuhnya. Koi sentiasa berdoa dan berusaha untuk membantu memulihkan dengan cara fizikal dan dalaman.

Anak-anak dari PD dan MMU ada balik. Ada kerana cuti atau H1N1. Moga bala yang melanda ini dapat di pulihkan dengan kehendak Allah swt.

Semoga hari ini hidup tenang dan kondusif selalu.

Wassalam