Khamis, 30 Julai 2009

Cari

Salam. Dunia makin kalut. Apakah yang di cari oleh kita (manusia) di atas dunia yang fana ini? Apakah manusia tidak tahu bahawa setiap yang mula ada akhirnya. Setiap perbuatan dan amalan akan di Balas? Akan di balas segera, di dunia lagi atau di akhirat nanti. Adakah manusia tidak mengetahui bahawa adanya hari akhirat? Hari pembalasan? hari yang akan menjadi tempat segala-galanya?.

Oleh itu apakah yang sedang, yang akan di cari oleh manusia. Tidak kah mereka ketahui bahawa semua yang dicarinya itu akan habis, hilang? musnah atau di rampas?

Mereka mau cari apa?. Harta?, pangkat? Wang? Kedudukan? nama? prrestige? keadilan? kesejahteraan? kesaksamaan? kuasa? atau apa?

Kenapa mereka sanggup menipu? pura-pura? membunuh? menyeksa? mengugut? merampas? menyeleweng? rasuah? hanya semata-mata untuk dunia.

Mereka sanggup memutar belit? mengata? menghina? membalun, dan sebagainya? Untuk apa? jawab! untuk apa?

Kenapa kita mengejar dunia yang fana ini? dunia yang menuh pura-pura ini? di mana agama? di mana islam? di mana iman dan di mana ihsan? Kenapa kita lupa semua itu? kenapa? jawab! kenapa?

Kita tiada agama? tiada rasul? tiada kitab? tiada tuhan? jawab, jawab ada atau tidak ada semua itu? jawab! jawab!.

Bunuh di sana sini. tipu sana sini, rasuah sana sini, ragut sana sini, ugut sana sini, untuk apa? untuk apa?.

Rampas harta, rampas kekasih, rampas kuasa dan rampas hak orang lain. Apa dan kenapa? tidakkah ada hari pembalasan?

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan