Rabu, 31 Disember 2008

Koperasi

Salam.
Pada 28 Dis koi ke jerantut menghadiri seminar nuqaba, dengan suhaimi, hasasn dan bendahari. Bagus juga program tu, Saari sungip dan Us Idris bentang KK. Ramai jumpa kawan-kawan lama, sprt Ust Abu Kassim dan Zabudin. Sebenarnya memang dah lama koi tak pergi program macam ni, adalah dua tiga tahun. Bukan tak mahu pergi tapi tak pernah dijemput pun, kalau jemput insya allah koi pegi.

Pada hari sebelumnya koi di talipon oleh seseorang dari koperasi polis katanya. Dia minta koi undi bosnya yang bertanding NYDP Angkasa 10 Jan depan. Koi kata insya allah, tapi koi kata koi bertanding NYDP juga. Kata dia dia boleh bagi undi juga ke koi. Ha itulah orang melobi cara unbtuk dapat undi. Koi fikir juga tak kan koi tak lobi untuk undi, tapi koi tak kesah ngat, dapat ok, tak dapat tak pe. Tapi koi fikir koi kena buat sesuatu.

Dalam siasah ada cerita tentang Ungku Aziz dengan angkasanya. Koi kata ni, ada peluang untuk koi ulas dalam siasah. Maka koi pun hubungi Khiri dan koi siapkan berita tentang angkasa. Kairi setuju jumpa koi tapi belah ptg. Pada ptg isnin koi jumpa dia, sblm tu solat maghrib dulu, lepas tu kome ke old town. Banyak cerita dibincangkan. Dipendekkan cerita koi minta dia siarkan berita koi tentang angkasa ni. Lepas makan kome ke pejabat dia. Tapi malangnya program yang koi buat tu yak sama dengan program dalam komputer dia. Maka gagallah untuk buat berita tu. Tapi koi kata tak pe, koi antar emel kedia. maka koi antolah, moga-moga oklah tu. Tapi sebelum tu ada juga basiron, dan dia kata dia boleh tolong jugek. Rupa-rupanya dia orang ni tak tahu sangat perkembangan dalam angkasa.

Koi ni sebenarnya Pengerusi Koperasi KGPUP. Mereka dah calonkan koi bertanding NYDP Angkasa malaysia. Semalam koi dapat surat dari angkasa yang mengatakan koi calon yang ke 21. Amboi ramainya bertanding NYDP. Tapi siapa-siapa baca blog koi ni yang berkenaan pangkahlah no 21.

Hari ni koi diminta bentang satu KK di Darul Amin, untuk guru pasti, tajuk Saikologi Pendidikan. Koi ni bab KK ni suka sangat. Beilah tajuk ape pun, koi akan buat. Kek nya dia bagi tahu 28hb, tajuk bagi 29hb bentang 31hb. Koi tak kesah, dah siap pun dan insya allah koi pentang jam 11.00 ni.

Ptg semalam koi ada kuliah/usrah di surau hijau. Koi ada kuliah tu seminggu sekali selasa malam rabu. sapa-sapa nak join jomlah.

Semalam juga berita agak gembira tapi belum konfom, anak koi yang vbelajar di Kedlantan tu dapat straight A dalam PMR. Syukur alhamdulillah.

Koi malas nak cerita panjang-panjang nanti tak ada orang nak baca kalau panjang sangat. Jumpa lagi Wassalam

Rabu, 24 Disember 2008

Cuti dah nak habis

Salam. Hari ni seperti biasa cuti sekolah. Pagi selepas siap diri pergi pejabat kejap (koop) urusan pindaan undang-undang kecil. Tapi sebelum tu cari ink printer tapi x ada. Selepas beres semua keje di koop, terus balik rumah. Tapi sebelum tu ada jumpa zul geduik, dia dah jadi pengetua sekarang, dan ada buka kedai di kg awah. Sampai rumah nrodong tel minta anto surat rayuan ke sbpi.

Balik tu ada beli paper adil dan baca, petang ada duan datang dan lepas tu rodong balik dan ke bandar urusan dunia yang x habis=habis. Minum kat semantan hotel ada jumpa berahim TM, Pas tu balik dan YM Raja ada tel. Sprt biasa banyak cerita. Tapi x dapat jumpa sbb ada mesyuarat mlm ni.

Nampaknya koi ni malas lagi nak cerita benda yang sensasi, tapi koi rasa kalau koi rajin nanti koi nak cerita tentang hero come back.

Budak koi 2 orang balik kg jumpa atin dengan duan tadi. Tapi koi frust betui sbb ayahnda koi datang rumah koi x ada, Koi tel je dia.

Sekian dulu, jumpa lagi.

Selasa, 23 Disember 2008

Cuti lagi

Dua minggu lalu. jumaat koi ke lengkawi dengan keluarga bercuti. Jumaat minggu lepas koi ke Pulau Pinang pulok, bercuti juga. Sama seperti ke lengkawi koi sekeluarga bertolak pada pagi jumaat. Berbeza ke pulau lengkawi kena naiik feri tapi ke pulau pinang tak perlu terus saja dgn kereta ke pulau pinang.

Ptg sampai dan pp ni koi rasa agak berserabut jalan raya nya. Hampir setengah jam baru koi jumpa tempat penginapan setelah empat kali mengeliling iaitu hotel dosert penang. Lepas chek in, kome pun turunlah nak cari makan, jalan, jalan, jalan punya jalan tak jumpa warung atau restoran melayu, dalam fikiran koi berkata, hong kong tak macam ni, susah nak cari warung atau tempat makan islam. Akhirnya jumpa warung mamak, kome pun pekena roti canai.

Esoknya kome melawat pp menaiki bas. koi rasa biasa ajelah, dan seoknya lagi kome pun baliklah. Hajat hati nak singgah ke pulau pangkor pulok tapi tak kesampaian. Hari dak agak lewa.

Hari ini koi relax kat rumah je. Pagi cabut rumput dan tengah hari ke bandar dengan anak-anak cari peralatan sekolah. Balik kome gotong royong masak tom yam. memang lazat buat sendiri. Petang ke bandar lagi sambung cari peralatan sekolah anak-anak.

Balik bandar bersiap untuk ke kuliah maghrib di surau hijau, dan semalam ke masjid ubudiah dengar kuliah juge.

Minggu ini tiada cerita menarik, cuma biasalah cerita ekonomi, politik dan pendidikan. Koi bersantai dirumah baca paper dan bahan ilmiah. memang hobi koi membaca dan boleh membaca non stop dua tiga ke empat jam sekali harung. kekadang komplain juga rodong din rumah.

Ok koi baru saja balik dari kuliah dan mengisi masa depan komputer dan tentunya baca dan merayau internet.

Wassalam

Isnin, 15 Disember 2008

Papan Tanda (Sign Board)

Salam. Sekarang jam 9.15 mlm. Koi baru je lepas makan malam dan tengok berita. Sebenonya koi baru je balik dari langkawi bercuti sekeluarga. Sampai umah 7.30 tadi. Masalahnya semasa balik tadi dari ipoh koi ikut shot kat genting. Keluar tol batang kali, kek nya lepas keluar tol satu papan tanda pun tulis ke batang kali. Cemas juga koi takut sesat, hari makin gelap. Tapi bukan di situ je gitu, tapi pengalaman boleh kata seluruh malaysia gitu, contohnya bila koi keluar tol temeloh pun gitu. Semasa keluar tol temeloh ada tulis ke Temeloh, Jerantut dan Mentakab. Bawah sekali tulis Bera. Tapi bila sampai simpang temeloh jerantut kat trapik laik tu tak da pun tulis bera. Nak kiri ke nak kana? Ha tak caya gilah tengok.

Sebeononya koi ni bukan rajin ngat tulis blog koi ni, tapi pada khamis 11/12 koi gi dengar ceramah pas kat kedau, malam tu jumpalah rodong-rodong, yang menariknya ialah rodong tu tanya ngapa tak update blog? Koi tekejut, sbb koi tulis blog tu main-main dan mengisi masa boring je, rupanya ada juga orang buka dan baca blog koi tu. Tak sangka pulok gitu. Koi ingat balik ceramah tu koi nak updatelah tapi tak sempat, sbb koi balik dah pukul 12.00 tngh malam. Esok 12/12 koi dan drive ke langkawai se awal jam 6.00 pagi. Jadi koi tak up datelah blog koi.

Sampai je keumah balik dari langkawi koi terus suruh anak koi akak buka blog supaya dapat koi up date. Ni koi up date ni,

Dua minggu lepas koi ke pontianak kalimantan barat indonesia denga kekawan, kome 9 orang. Hoi seronok juga pegi. Kome terbang dgn air asia pukul 7 pagi dan sampai pukul 9 pagi di kuching. Sampai di kucing kome ambil van dan terus ke serian ambil bas ke pontianak. Van tu koi dah tempah awal. bayar 28 inggit seorang. Dekat je. Jam 11.20 pagi kome bertolak ke pontianak dgn bayarn 42 inggit sorang. Hoi seronok tengok pemandangan perjalan dari serian ke Pontianak. Kome naik bas tak ramai ada x sampai 20 orang. Kome sampai pukul 9 malam lbh kurang 10 jam dlam bas dan berenti kejap makan dan solat.

Sampai di pontianak kome dah ireng teksi dan hotel. Tapi sampai di pontianak berebut teksi nak bawok kome ke hotel. Dalam bas lagi koi dah arahkan bob bincang dgn derebo bas. Tapi bereslah. Kome nginap di kartika hotel semalam bayar 250 ribu semalam. Oleh kerana kome 9 orang 6 orang du sebilik, koi bincang 3 orang sebilik. Bob, nasa dan koi.

Selepas beres kome ramai-ramai gilah makan, kat satu restoran padang. Lepas makan kome balik jalan-jalan dulu dan pas tu terus tido, tapoi sebelum tu koi dah minta bob bincang untuk jalan-jalan hari esoknya 13/12.

Selepas jalan-jalan koi balik hotel, rupanya dah ada wakil teksi, sebang-sembang rupanya dia polis. Koi rasa selamatlah sikit.

Pagi koi bangun dan gi sarapan. Sarapan untuk 2. maka terpaksalah yang sorang lagi tu bayar sendiri.

Pas tu kome pun jalan-jalanlah di pontianak tu selepas dapat dua buah kereta sewa. Malam balik dan tidur, Koi malaslah nak cerita detail ngat, lepas dua hari malam jam 9.00 malam kome pun baliklah ke kucing. kali ni bas penuh dan 14 jam baru sampai ke kucing. Apa yang koi puji derebo bas tu berenti untuk kome solat subuh. x seperti derebo bas di semenanjung. wktu solat buat dek je.

Kemudian dua hari pulok kome di kucing. Jalan dan biasaje di kucing. sebenonya banyak cerita tapi koi malas nak cite sbb sensitif.

Hari in bali pulok dari langkawi sekeluarga. koi rasa ada perubahan yg banyak di langkawai selepas 12 tahun dulu. Best juga dan ada kenangan manis. Koi ke langkawi minta amirudin uruskan dan melalui pasla. Balik singgah di lost world di tambun. anak-anak koi mandi kat situ. koi ngan rodong koi jalan-jalan je di sekitar tu.

Tengok koi tulis blog ni anak koi yang buat medic di mesir tu ada hubungi dan koi ghat ngan dia kejap.

Ok kita jumpa lagi dan kalau ada rezeki nak bercuti lagi ke penang pulok pd 19/12 ni. Ok.

Sabtu, 6 Disember 2008

Letih

Salam. Baru hari ini dapat buka internet. Selama seminggu tak boleh buka, mungkin komputer tak bagus. Tel tm net tapi tak boleh juga. Akhirnya tukar komputer. Syukur boleh. Hari ini sabtu, masih cuti sekolah. Bangun solat subuh dan relax kejap. SMS masuk dari Ihsan. Ada gotong royong di Sg Gau jam 9.00 pagi. Setelah siap diri dan sarapan dengan umi makan nasi goreng, Terus ke temerloh untuk ke Sg Gau. Sebelim itu ke BIMB bayar Kad. Mujur msein boleh pakai, kerana dah seminggu tak boleh bayar kerana orang ramai atau mesin rosak. S\

Semalam pergi mentakab dengan umi, dan sampai rumah sua kawan de ada kat rumah. Lawan footsal di Temerloh. Pagi mereka dah pergi untuk berlawan. Aku kemudian terus ke SG gau selepas bayar kad. Jam telah 9.15 tapi aku tengok tak ada orang pun. Aku nelpon balik Ihsan, dia pun masih kat rumah. Aku relax sebentar dan kemudian ada Cikgu Majid kat atas balai. Aku turun kereta dan naik kat atas. Tapi Cikgu Majid tak ada pulak. Aku ambil pencuci sawang dan ncuci sawang sikit. Kemudian aku turun bawah ambil parang dan bersihkan rumpu kat tepi longkang. Kemudian beberapa lama adalah dua tiga orang termasuklah faridn Hj jusoh dan Hasyim. Kami pub gotong royonglah. Kemudian rehat dan borak-borak, cikgu majid ajak gi kenduri Ramli Konit. Kome pegi naik kereta Hj Jusoh. Kemudian balik. Terus tidur dan lepas tu solat. Buka internet tak dapat. baca paper Sisah.

Minggu lepas aku ke Pontianak 9 orang. Memang mencabar betul sbb pergi sendiri. 26.11 aku dan Bob naik bas ke KL dan terus ke LCCT. Tapi sebelum tu iku bob beli kasut di cambell.

Kami gi awal kerana nak tukar tiket 2 India tak jadi pegi dan 1 lagi tiket terus hangus. Aku tak caya betul dengan India ni. India memang tak boleh pakai. Indi dan Murugan. Semalaman aku dan bob di LCT. Tidur tepi dinding je. 27.11, 5.00 pagi semua ahli dah sampai, Hj, Us Satar, Mizi, Yas, Nasa, Indi dan Murugan sampai. kami cek ini dan terbang terus ke Kuching jam 7.05. Sampai di Kuching ambil van terus ke serian walaupun asalnya hendak ke tebedu. Tukar chanel ambil bas ke pontianak dari serian, tambang van 28.00 dan bas 42.00. Jam 11.30 kami menaiki bas ke ponti, selama 10 jam kurang lebih sampai diponti, jam 9 atu lebih.