Isnin, 27 Julai 2009

Ketemu

Salam. Maaf kerana tidak update. Ketemu semula dan hari ini perjalanan hidup tetap seperti biasa. Apak dah seminggu keluar hospital. Tiga hari berurut dan nampak ada sedikit perubahan positif. Ia telah sedar bahawa ia sakit. Emak dah buat keputusan tidak lagi ke pasir tumbuh. Janji pada 1 ogos akan ambil semua peralatan. Selama dua minggu tak menulis agak rasa bersalah pada diri sendiri.

Memang banyak yang boleh ditulis namun kekangan masa, perasaan, aktiviti dan lain-lian mebuatkan blog terus sepi. Hari ini selepas mendapat sedikit suntikan kerja akan mula menulis semula.

Hari ini, seperti biasa pegi keje. Jumaat lepas akak balik dari KB. Sabtu balik kg dan tidur di sana. Menemani keluarga menjaga apak yang sedang sakit. Malam bersama abang zul mencari durian di darat. Pagi ahad balik ke bt 3, kerana bersedia untuk program liqa, dan pada sebelumnya tengah malam berbincang dengan S hamid dan Raja.

Peluang yang diberi rasanya tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Semalam tidak balik dan malam hubungi kawan lama salehudin. Juga menelepon abang mat pasal ceramah 15Hb lapan.

Masa berlalu terlalu pantas. Minggu lepas sambung MCB di ESQ. Program menambah kemantapan iman dan emosi. Seperti biasa kuliah di BT 1 dan BP berjalan dengan baik. Malang dan sungguh kecewa, kuliah muslimat di SK tidak dapat berjalan lancar.

Banyak idea dan pengetahuan baru di perolehi melalui program ESQ dan kuliah. Dengan harapan selepas ini dapat diaplikasikan ke dalam jamaah dan harakah.

Kecoh politik negara belum nampak penghujungnya. Selagi ada dosa pahala. benar dan palsu, baik jahat, BN dan PR, mana mungkin dapat di satukan kscuali melalui aqidah dan kefahaman. Pencerobohan kuasa, pengkhianatan perjuangan, munafik dan semberono untuk kuasa nampaknya manjadi alat menuju kepuncak.

Apa cara dan bagaimana mesti dilaksanakan. Demi kuasa dan kekuatan. namun sekiranya silap langkah dan percaturan, akibatnya sangat parah. Peluang dan ruang mesti diambil kesempatan. Tidak kira dosa dan pahala. yang penting kuasa dan apa yang dihajatkan.

Keluar masuk parti, kesempatan di atas kelemahan dan kesilapan musuh mesti di putar belitkan. Inilah masanya untuk melemahkan lawan dan penyokong.

Itulah, suatu perjalanan kehidupan makhluk yang dikurniakan akal. Selagi ia dikuasai nafsu dan kehendak, peduli apa soal halal haram. Oleh itu ingatlah segalanya di atas ketanggongjawapan sendiri. Berani buat berani tanggung. Berani cakap berani laksanakan.

Wassalam. Jumpa esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan