Rabu, 30 September 2009

Syawal

Salam. Selepas menyambut 1 Syawal berbagai peristiwa berlaku. Koi dan rodong mula ditinggalkan anak-anak. Mula sekali anak koi akak balik ke KB. Seawal jam 1.00 am dengan keretapi sabtu lepas. Pas tu long pulok ke MMU seawal jam 11.00 am dengan bas ke KL dulu sabtu juga.

Tinggei pulok anak koi dua orang tu pada ahad. Mereka bedua bei dan adik ke Tahap pulok. Anto dengan kereta. Ada sorang lagi anok koi, DE. Pagi Ahad seawal jam 3.00am balik dari beraye konon tersadai dijalan, jatuh moto. Kawan anto balik. Servis sebeloh badan alek kiri. Pagi ahad anto dia ke hospito cuci luke.

Sabtu petang suruh dia ziarah atuk dan lain-lain. janji dia anto wan bangau ke hospito pada selasa, tapi bertukar pulok dia yang kena anto ke hospito.

Isnin mula balik keje dan sambung pose 6. Selasa tengah ari anto rodong pulok ke KL. Mesyuarat di Citytel. Sebelum tu sempat singgah ke tabung aji nengok dan buat rayuan jadual penerbangan. Sebelum tu singgah di rumah hj zali kuala krau.

Ginilah gaye nye idup. Macam-macam hal.

Bagan Pinang nampoknya tak ade perubahan intergriti. amno nampaknya tiada calun dan tak terdaya dek tekanan. Koi buka Yahoo Malaysia tajuk berita BN dilema. Haiya apa macam be end. Isa Samad jugak

Keadaan lesu masih berterusan. Ia bersambung pose 6. Insya Allah kamis habis. Jemaat raye.

Ahli karyah tanye, bile boleh mula kuliah. Koi kate bila-bila boleh. Mula jemaatlah. Masjid Bt 1.

Sabtu lepas juge banyak orang kenduri. Pagi pagi amir tel ajok sarapan. Koi terus kontek YM ajok sarapan sama. Di old town. Macam-macam cerita, syed pun ade. Nampoknya YM perlu buat keputusan drastik pokitik baru masuk DAP, calon parlimen Raub PRU 13. Politik baru. Sume rodong setuju.

Jemaah sekarang nampknya memang tak lepas dah. Kena kerat dan kantoi sokmo. Pas tu gi kenuri kawin, YB Syed, Buntut pulau dan hj judin jalan bahagia. Ahad masih ada lagi kenuri. Hj Sariman Jepun.

Isnin selasa kecoh juga pasal tukar petang , jawatan. Tapi sume tu rumos belake. Tunggu takdir yang tentukan.

Sekian dululah, nok cerite memang banyok ngat. Tapi sehingge kini belum masuk lain lagi. Insya Allah kalau koi rajin akan cerita global sikit pas ni. Wassalam.

Jumaat, 25 September 2009

Hari Raya



Salam. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir batin. Minal abidin wal faizin, antum kul am bil khair.

Hari Raya baru sahaja berlalu. Itulah ucapan adat orang melayu malaysia menyambut hari raya. Dengan anggapan hari raya hari menyuci dosa. Bermula dengan beramai-ramai ke masjid dan di akhiri dengan ziarah kubur. Apa punya fahaman.

Hari raya hari gembira. Di minta menziarahi orang hidup, bukan ziarah orang mati.

Tahun ini nampaknya sambutan hari raya agak suam. Keuzuran ekonomi menambahkan lagi kesuraman tersebut. Tiada acara meriah seperti dahulu nampaknya.

Biasanya di malam raya koi akan bertazkirah kepada semua famili di rumah apak, tapi nampaknya tahun ni tidak lagi begitu. Tidak ramai sanak saudara pulang berhari raya, cuma kak ngah sahaja yang balik awal nampaknya. Apak dan emak uzur pulak.

Malam raya koi bertakbir bersama keluarga tanpa angah yang berada di perantauan. Bermula solat maghrib berjamaah, diikuti bertakbir dan kemudian koi bertazkirah kepada anak dan isteri koi.

Hari raya hari gembira, bukan hari berdukacita. Tapi koi heran, nampaknya terbalik, hari raya kat sini jadi hari berduka, semua pakat manangis belaka.

Pagi tu koi solat subuh di masjid ubudiah. Lepas solat bersiap bersama keluarga untuk ke rumah tok. Selepas bersiap semuanya kome pun berangkat ke rumah tok. Sampai di rumah tok seperti biasalah, belum ada yang bersiap. Selepas bermafan denganb tok dan wan kome berangkat pulok ke bintang. Biasanya ke bintang dulu baru ke rumah tok dan bertazkirah lagi di pagi raya. Tapi kali ni tok dan wan uzur rutin tu tak dapat lagi di kekalkan.

Sampai dibintang kome bersalaman dan bermafan pulok dengan orang di sana, dan selepas bergambar kome terus ke masjid untuk solat sunat hari raya di balek gantang.

Seperti biasa selesai solat kome ziarah rumah ustaz yas dan pas tu ke rumah miktam. Kemudian ke rumah abang man dan rehat semula di rumah tok dan wan.

Petang balik ke barokah dan membuat persiapan untuk hari esok. namun pada petang hari raya lepas asar sempat juga ziarah ke kubur melayan rodong ke pusara ayah dan emaknya. Lepas tu sempat ke rumah wan bangau juga uzur. kali ni beza sikit, adik rancak bercerita yang selama ini hanya diam sahaja kalau ke rumahnya.

Maka habislah hari raya, sebab hari aidil fitri sehari sahaj. namun 2 syawal kome balik semula ke kampong, ziarah tok dan wan. Semua orang dah tak ada sebab ke lipat kajang agaknya. Pas tu ke bintang berraya pulok di situ. Lepas tu kome terus ke kerdau ziarah pakngah mat yang uzur macam tok. Konon nak terus ke lipat kajang, tapi rodong malas pulok kerana persiapan berhari raya di rumoh kome pulok.

Petang sedara mara dai sah alam pulok datang. Sambung cerita dengan dr daun dan khairul yang terputus pada sebelah pagi di bintang. banyak isu dan macam-macam termasuk cerita esq. Rupanya dr. duan dah pegi basic 8 dan koi 34. namun koi dah pegi MCB yang dia tak pegi lagi. Ari tu memang meriah juga di rumah koi mereka beraya.

3 syawal pagi-pagi koi pegi cari ikan untuk topak kual laksa yang umi buat kerana dah hampir habis di santap orang sah alam. Ari ni pulok keluarga belah kampong pulok akan datang bersempena meeting keluarga jaya. Abang Yas paling awal datang se awal jam 9.30 pagi.

Baru jam 11.00 pagi meeting boleh dimulakan. Memang kome setiap tahun ada perjumpaan keluarga jaya pada setiap hari raya. tahun ni senghaja koi mintak buat di rumoh koi. Ramai sedara mara datang. hajat belah petang koi pulok nak jalan-jalan, tapi nampak gaye nya orang datang se hingga jam 6.00 petang. Akhirnya ditutup oleh said anis.

4 syawal kome ba;lik kampong pulok tapi ngan akak dan long aje, ziarah tok, di rumoh tok berjumpa pulok dengan cu juah. Lepas tu gi ziarah tang zeni dan jumpa lagi cu juah. Pas tu kome balik rumohlah.

5 syawal mula pose 6. tapi izrul pulok ada datang. dan petang bedah pulok datang. Tapi sebelah pagi gi pasar ngan adik belik alat tom yam. Nampaknya laris betul tom yam koi ari tu yang di masak oleh rodong.

6 sawal ari ni, pose di sambung, rodong gi kerja dan mulai esik pagi akak akan mula balik dan diikuti oleh long.

Inilah raya dan ragam raye di malaysia khususnya keluarga koi. Koi tak nampak ngat orang menghidupkan semangat ari raye. Koi pulok sibuk dengan benda yang tak sibuk.

Apa pun antum bil kahir kulu am.

Wassalam.

Ahad, 13 September 2009

Hujung minggu


Salam. Jumaat berbuka puasa kat rumah aje. Biasalah sejak berumur ni berdua sahaja. Lepas berbuka koi balek kampong ziarah apak dan emak yang uzur. Tiada bicara menarik. Pagi subuh anaok koi dari PD sampai jam 4.00am naik keretapi.

Sabtu pagi koi mesin rumput. Letih tak terkira sehingga tertidur selepas habis memesin. Relax aje kat rumah. Ptg dapat mesej dari mustafa maulut jempu berbuka bersamanya di bt 4, tapi koi dah ada jadual berbuka di surau hijau. Sebelum tu ada sikit mesy di pejabat adun. katanya jemput semua ketua dan su caw. tapi ntah berepa kerat je yang datang.

Berbuka di surau hijau memang enak. ramai juga yang datang. koi dengan anak koi. Rodong dia berbuka di tempat lain. Lepas berbuka sama-sama solat maghrib dan selepas tu koi diminta buat tazkirah. Dari ramai yang berbuka tadi hanya tinggal 4 orang je. Koi tak kisah berapa orang, janji koi buat kerja koi tazkirah.

Malam relax je dengan rodong dan tidur agak lewat.

Ahad ari ni lepas sahur, subuh di masjid bt 1. Seperti ari semalam pagi ni koi diminta buat tazkirah. Agak lama juga hampor sejam. jamaah bt 1 nampaknya suka dengan tazkirah koi. Ringan-ringan aje tazkirah koi.

Isinya tentang puasa, makanan untuk jasmani dan rohani dan paling penting puasa adalah self controler. Memang tak faham kalau tak belajar. Kalau nak tahu apa itu self controler boleh hubungi koi.

Balik subuh dan tazkirah, terus setat enjin sambung mesin rumput. Pagi lagi rodong koi suruh anaok koi gi tengok wan bangau, katanya nak beli barang. Tapi lain pulok jadinya. Wan bangau tidak sihat, hanto ke hospito dan kena tahan di wad. Koi tak ziarah lagi.

Lepas mesin rumput berkebun sikit. Ari ni nampaknya tak ada buat apa-apa. Berehat dan tidur kejap. Hajat petang nak ziarah mana-mana yang patut tapi nampak gayenya tak kemana=mana jugek. Insya allah lepas maghriblah kalau kemana-mana pun.

Dua ari duduk rumah habuk pun tarak. Sempat gunting rambut dan menulis blog ni ajelah.

Tiada motivasi yang hebat, namun jangan lupa malam alqdr kita cari sama-sama. ayuh kita bergerak dan bertindak segera. Hai dah seminggu YN tak ada hubungi, dan mengapa pulok patner koi tak ada angket talipon bila koi call. janji nak jumpa sejak minggu dulu lagi tapi hingga ari ni ntah kemana dia. Mungkin koi di tipu lagi?

Khamis, 10 September 2009

SUK


Salam. Rabu koi ke kuantan meeting dengan SUK unit kualiti. Biasalah dengan YM. Lepas subuh koi terus ke kuantan janji tungu depan masjid. Masalah komunikasi koi tak jumpa YM. Rupanya dia sebelah kanan koi sebelah kiri. Jam 9.15 koi rasa kecewa dan buat urusan dengan MBF. Selesai di situ koi berhajat nak tulis nota di kereta YM. Tapi dia ada call koi.

Sebab tak dapat jumpa dengan YM adalah kerana dia tertinggal hp di diumah. Maka koi tak dapat cakap ngan dia. Tapi akhrinya dapat cakap tapi dah agak lewat jam 9.30. Namun koi hadiri juga meeting tersebut. Pegawai SUK Yusri, Syed dan 2 pompuan termasuk Zainal dari JAIP. Perbincangan berkisar tentang ESQ.

Selesi meeting YM bergegas ke Pekan dan tak sempat berborak lama. Mungkin dia marah, atau kecewa dengan peristiwa ari tersebut. Lepas tu koi terus ke pejabat Astro untuk selesaikan urusan di situ.

Dalam perjalan ke kuantan pagi tu ari ujan renyai. Semasa berenti di R & R gambang, koi nampak pak mod.

Selesai urusan astro koi terus balik Temeloh. Singgah di masjid sg gau solat zohor. Lepas tu terus balik umah dan tunggu rodong balik ajak gi ke rumah seperi di TJ. Tujuannya untuk kirim barang sikit ke anok koi di mesir melalui anaknya yang akan ke sana kursus medic di mesir pada 11 hb.

Semalam selasa semasa koi balik umah dari kerja, koi bukak pintu, semasa mula masuk umah koi dengar benda jatuh dari dalam bilik. Koi pun jengok tengok tapi koi tak nampak apa-apa. Maka koi pun relax kejap. Kemudian semasa koi nak solat zohor koi ternampak seekor ular. Rupanya ada sekor lagi ular masuk ke rumoh koi. Koi pun pantau kedudukan ular tersebut dan dalam masa yang sama koi hubungi 999. Selepas 15 minit JPA datang dan orang yang sama datang hari semalam semasa menangkap ular dari bilik anak koi. kali ni ular tedong.

Ari ni paper kata penjawat awam golongan sokongan dapat duit raya RM 250 dan duit sekolah RM250. Inilah nasib rakyat malaysia. sentiasa di jual maruahanya. Bangsat sangatkah pekerja malaysia hingga sentiasa mengharap bantuan kerajaan yang macam tak payah bantu pun tak apa. Adakah kerajaan mempermain-mainkan sahaja rakyatnya. nak bagi- bagai, ikut suka je. Macamlah mereka tu pengemis dibuatnya. Kemudian mereka yang tak ada harga diri, berkobar-kobar kata kerajaan perihatin. Apa ni Omar cuepac?

Sekian. waassalam

Selasa, 8 September 2009

Nuzul


Salam. Semalam hari nuzul. Hari paling bersejarah di atas turunnya permulaan panduan hidup untuk seluruh manusia. Isnin cuti dan seperti biasa anak koi 2 orang di tahap ada balik.

Jumaat ada ladap di sri malaysia. koi bagi talk secara percuma dan kehadiran juga adalah secara sukarela. Tepat jam 5 koi sampai dan mr. chua dah ada. Setelah menyiapkan semua peralatan hanya 4 orang yang hadir. Ju, Hj Nik Niza dan Chua. Koi on juga dengan menayangkan movie semasa koi di hong kong. Setelah beberapa lama koi on kan talk koi bertajuk self teraphy. Akhirnya adalah juga hampir 20 orang yang hadir. Inilah jika program yang baik, di urus dengan baik tetapi tiada penguatkuasaan. Namun koi secara personali berjaya dengan baik.

Lepas tu berbuka di sana. Koi bawak anak-anak tapi nampaknya ala kampong dan tiada seronoknya berbuka walaupun di hotel.

Lepas jumaat koi dan YM melihat tapak kem di durian tuang. hajat mahu bangunkan. bersama parudi si misai tebal. Tetapi sebelum tu pos patin dan talapia melalui metrobas kepada yazid.

Semalam isnin koi sekeluarga yang ada balik kg baca yasin dan menerangkan kubur mentua. Habis program singgah di umah ipar dan terus balik ke rumah emak. Biasalah ziarah apak yang masih tidak sihat. Semasa emak menyediakan makanan untuk apak emak pulak jatuh dan hampir jadi macam apak. Hai itulah takdir. Emak tak daya bangun sehingga petang.

Lepas zohor anto pulok anak-anak ke tahap. Sebelum tu berita kematian baharin. ada kekawan tak tahu.

Lepas berbuka koi terus balik kampong ziarah emak. Syukur nampaknya kesihatan emak bertambah pulih. Didoakan selamanya kesihatan emak dan apak akan pulih secepat mungkin.

Selasa seperti biasa mula bertugsa. Esok mungkin ke kuantan. SUK ajok mesyuarat sikit. dengan YM insya allah.

Wassalam

Ahad, 6 September 2009

Keluarga Koi



Salam. Selamat menjalani ibadat puasa. Telah selesai separuh dan masuk fasa kedua bulan puasa. Semoga dan didoakan kepada semua sejahtera dalam lesu.

Ari ni koi masukkan gambar keluarga koi semasa bergambar ari raya tahun lepas.

Semoga semua dah kenal ngan keluarga koi. bolehlah komen dan ngate.
Ok. jumpa lagi.
TQ

Selasa, 1 September 2009

Minyak

Salam.Dunia Malaysia makin kacau. Koini hidup dah hampir setengah abad. Macam-macam berlaku benda pelik dan ajaib. Darimasalah krisis beragama, krisis perkauman,krisis kepimpinan,krisis undang-undang dan macam-macamkrisis.

Hari ini tak semene-mene minyaknaik. Rakyat didahulukan tapi koi tak tahu apa sebenar maksud didahulukan. Minggu lepas arakkepalalembu,kemudian media dedahkan dankita jadi bodoh membahaskannya. Danjadilahlah kita diperbodohkan oleh media.Kemudian kes SPR lagi tenat, entah siapa punahsihatnya. Betullah kata Darwin, yang kuat akan terus hidup dan yang lemah, miskin hanya layak menjadi mangsa sikuat. SPR pakai teori Darwin ke?

H1N1 belum abis lagi. Sibuk 1 Malaysia. Hingga hari merdeka pun macam tak ada. PM minta hapuskan jurang perpecahan, tapi dialah punca perpecahan. Buktinya Perak dialah punya hal. Ingat lagi semasa dia buat pengumuman kemasukan YB dulu.

Kes Beng Hock ntah bilanak selesai. Tak pasal=pasal jadi mangsa SPRM. Biasanya saspek yang di soal siasat tapi kali ni saksi pulok yang kena siasat.

Sahlah PPSMI belum setel, makin bertambah balak menimpa rakyat Malauysia. kalau macam ni jadinya, kita tunggu ajelah ketentuan tuhan.

Ramadan dah masuk hari ke 11. Nampaknya setiap kali ramadan yang meriahnya pasar ramadan aje, ummat Islam dok macam tu jugok. Takkesah soal rtekanan hidup yang makin menyeksa. Harga barang, petrol, berbagai krisis dan macam-macam. 1001 macam cerita yang boleh dibicarakan, belum lagi soal krisis gejala sosial.

Malangnya kenapa pihak berwajib tidak mencari jalan yang ada hidayah. Asyik cari jalan yang dianjurkan oleh makiaveli dan Darwin.

Hari ni Tun Hamid Omar mati, dialah yang memecat Tun Salleh Abbas.

Wassalam.