Rabu, 20 April 2011

Malaysia

Banyak isu dan peristiwa yang pelik berlaku setiap hari. Dari kes jenayah berat seperti bunuh, rogol, rompak hinggalah ke kes curi, pukul, gaduh, samun dan lain-lain.

Dari orang tua, dewasa sehinggalah kanak-kanak sekolah. Apa yang malang dan menyedihkan peristiwa guru yand di dakwa membunuh pelajar, pelajar tumbuk guru hingga patah hidung dan kelmarin anak pula pukul ayah. Apa nak jadi dengan negara kita.

Jika dikaitkan denga perjalan dan keterangan dari pimpinan, bekas pimpinan dan lain-lainnya termasuk pakar agama seperti mufti, mereka semua menyalahkan keadaan, media massa termasuk kesalahan ibubapa dan penjaga. Langsung tiada kaitan dengan pimpinan dan kerajaan. Kerajaan sentiasa betul dan maksun. Dengan kata mudah, semua pemimpin negara tiada kaitan dengan peristiwa tersebut kerana kami adalah maksum. Yang salah ialah rakyat dan orang awam. Kami buat semua betul, sistem ekonomi betul, sistem pentadbiran betul, sistem pendidikan betul bahkan sistem perundang dan dasar-dasar negara yang sekular juga betul.

Malangnya pakar agama seperti mufti tak pernah berbuat apa-apa yang terzahir. Hanya berani mengatakan dan mengeluarkan fatwa tarian poco-poco haram. Kenapa tak erani kata, pengeluaran lesen judi haram, buat kasino digenting haram, melaksanakan sistem sekular haram, menggunakan jentera kerajaan dalam kempen pilihan raya haram, mendedahkan aurat haram walaupun tak buat fatwa pun memang dah haram, melaksanakan sistem yang bercanggah denga agama haram, berjabat tangan antara bukan mahram haram dan banyak lagi.

Baru-baru ini bekas PM kita Che Det kata DAP berjaya membawa fahaman rsis ke serawak. Ini pun satu cerita yang melucukan. Bagaimana kita melihat cara mereka cuba memesongkan kemerbahayaan rakyat jika tidak menyokong paarti kerajaan. Cuba fikir, UMNO parti kebangsaan tidak dianggap rasis, DAP parti pelbagai kaum (cuma pimpinan teringi mereka ramai Cina) rasis. Parti kebangsaan tidak rasis, tidak perkauman, tapi parti pelbagai kaum rasis dan di angap perkauman. Pelik dan gila Che Det ni. Tapi kita tahu itu sebenarnya bertujuan untuk psyco rakyat yang bangang macam dia aje. Rakyat tak akan percaya semua itu kecuali rakyat yang bangang macam mereka.

Huh tapi, cuba baca paper semalam, BH terutamnya, semua pencacai mereka sokong kenyataan tersebut dalam rencana mereka dan bodohnyalah mereka menyokong perkara yang bathil. Tak fikir ke meraka dan tak mereka tahu penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa dan lain-lain jenayah yang dilakukan oleh pimpinan. Tahu, mereka tahu, tapi hatinya telah dihitamkan sehingga tak nampak lagi yang putih. Yang penting soro mesti kencang.

Sebelum terlambat, marilah kita cepat.

Itulah ciretan pagi ini.

Selasa, 19 April 2011

Sembang

Salam.
Apabila mnjelang subuh maka adalah di kalangan hamba allah akan bersedia menunju masjid untuk menyembah allah. Tapi sangat sedikit jika dibandingkan dengan yang pergi masjid.

Selepas solat makin ramain yang bangun dari lelap untuk samada berkerja, bersekolah atau bertugas apa sahaja. Namun ramai juga lagi yang tidak bangun dan tak buat apa-apa.

Ketika hari makin siang maka makin ramailah lagi manusia bangun dan berebut menuju gerai dan restoran, mencari rezeki untuk seketika.

Menjelang tengah hari manusia bepusu pusu pula entah kemana sehingga senja dan tengah malam.

Apakah tujuan manusia menuju destinasi yang mereka tuju itu? Apa yang mereka cari dan kejar. Apa awal dan akhir mereka? Apaka matlamat dan klesudahan mereka. Apa yang diajar kepada mereka dan apa yang mereka ajar kepada orang lain.

Wassalam

Isnin, 18 April 2011

Peningkatan

Salam.

Semakin hari politik makin celaru. Betul kata tukar tiub, kalau sistem demokrasi ini mampu mengalahkan mereka, maka sistem ini mustahil akan terus dilaksanakan.

Berbagai mehnah dan fitnah melanda kita. Ada orang kata politik itu kotor, saya kata tidak, politik tidak kotor tetapi manusia yang tidak berimanlah yang mengotorkan politik.

Umpa dadah. dadaj itu tidak najis, yang najis ialah najis manusia. Semua ubat yang kita kenal yang mana tiada dadah. kalau dadah itu najis maka selama ini kita makan najsi. Dah berapa kilo kiya makan najis?

Itulah strategi namanya. Maka apabila kita kata politik itu kotor, maka ramai pula orang yang kononnya ahli agama tidak mahu berpolitik, kotor namanya.

Nasiblah orang agama sampai kiamat akan diperkotakkatikan oleh ahli sekular, sbb ahli sekular berjaya melalui psikolagi menghalang orang agamawan berpolitik.

Bangkitlah orang agamawan. Bumi ini dicipta untuk orang agamawan. Jika bumi ditadbir oleh sekular, maka sekularlah jadinya.

Tiada ruang untuk kita berdalih. Ayuh kita sama-sama menegakkan agama melalui agamawan untuk memakmurkan bumi.

Ahad, 17 April 2011

Salam.

Bismillahirrohmanirrohim. Assalamualaikum. wbt. Selamat bertemu dan berjumpa kembali.
Pertamanya bersyukur kehaddarat allah swt kerana memanjangkan deruan nafas di dunia ini.

Pertamanya saya mohon maaf kerana memang telah lama tidak menulis di ruangan ini. Setelah balik dari menunaikan umrah cuti sekolah dulu, saya terlupa passwor dan sebab itulah saya tidak menulis di laman blog ini. Entah macamana pada pagi ini saya mencuba dan blog ini boleh dibuka, namun saya terlupa semula passwordnya.

namun saya akan terus juga menulis dikesempatan yang ada ini.

Dalam ingatan saya, setiap hari isu yang pelik-pelik tidak pernah habis, ekonomi, sosial, budaya dan tidak terlepas isu politik dan pribadi. Namun harga diri dan maruah tidak lagi di ambil kira apatah lagi soal huku halal dan haram. Agama itu tidak lagi menjadi priorati sebagai sumber rujukan maklumat.

Secara umumnya duan isu dahaja menjadi matlamat ummat. Ekonomi dan politik.

Secara umum juga mari kita lihat, apabila kita celik sahaja biji mata dari tidur, terus sahaja bekrja, cari makan, cari harta, kumpul wang dan yang sewaktu dengannya. Betulkan.

Kemudai apabila bettemu sesama angkatan seperjuangan maka politik pula menjadi topik perbualan. Kenapa kedua isu ini menjadi fokus?

Bukankah banyak lagi isu lain tapi manusia sanggup menipu, menganiya, menzalimi, membunuh, menyeksa demi untuk mencapai matlamat yang dua itu.

Malang kalau kita termasuk dalam golongan itu, tanpa memikirkan soal, budaya, latar belakang, adat, tradisi dan yang teruknya meninggalkan nilai-nilai dan tuntutan agama.

Kita ada agama atau tidak ada? kalau ada, agama apa, kalau tiada kenapa?
Wassalam.