Isnin, 8 Jun 2009

ESQ

Salam. Selamat ketemu. Agak sibuk di musim cuti. Semua benda hendak dibuat dan disiapkan. Betul?. Bermula dengan program kenduri kenara, hal persekolahan anak, keluarga, teman-teman, keluarga. Setelah semua selesai barulah urusan sendiri dibuat. Tahun ini ada muktamar di Shah Alam. Koi kali ini tak dap mengikuti sepenuhnya kerana ESQ. Khamis 4 Jun koi dengan Raja ke Taman Melewar menjenguk rakan-rakan nostalgia DPP. Setelah lebih 10 tahun meninggalkan DPP kelihatan generasi baru menruskan perjuangan. Subhanallah. Kemudian masa yang sedikit terluang ke Stadium Melawati. Juga sekadar menujenguk nostralgia perjuangan yang disepikan sejak hampir 10 tahun lalu. Ketika koi bergelar YDP di salah sebuah kawasan yang dimansuhkan kelihatan juga generasi baru meneruskan perjuangan. Tidak dilupakan apabila ketemu rakan lama apabila koi berjalan dengan YM mereka mengatakan inilah dua bekas KDPP Pahang.

Sebenranya kome dalam perjalan ke Putra Jaya bagi menghadiri ESQ. Namun dalam kesempatan masih lagi sempat ke Hotel calton untuk ketemu rakan seperjuangan amir, bateri, naza. wahid dan lain-lain bertanya kabar terutama tentang abang mat.

Setelah berbicara kome terus berangkat Ke Putra Jaya. Namun malam telah lewat, setelah beberapa kali berputar di P.Jaya barulah ketemu tempat penginapan Residen TNB. Hari menunjukkan hampir jam 12 tengah malam. Sebaik solat terus tidurv kerana esok pagi wajib ke PICC sebelum jam delapa.

5 Jun selepas sarapan dan qada hajat terus ke PICC. Sebaik sampai terus mendaftar dan sehari suntuk bersama ESQ Ari Gunanjar Agustian. Komennya luar biasa. Satu penemuan dan pendekatan yang sengguh hebat diabad ini dalam melaksanakan misi dakwah ke saentero dunia. Namun sebelum majlis bermula banyak gangguan dari dato-dato, tan-tan sri dan orang-orang besar. Namun sekita lewat jam 7 malam majlis disempurnakan dan kesannya sungguh luar biasa. Sebelum ke hotel kena satay kajang dulu.

6 Jun majlis dimulai dengan sungguh luar biasa. Penggunaan, pendekatan sains, sound effect yang menakjubkan, dengan kupasa dan olahan yang mendalam, sungguh menusuk hati dan tersimpan melekat dalam ingatan. Sesungguhnya Ari adalah genius zaman ini dan YM berkata beyond espectation dalam persembahan dan penampilan. Begiyu juga hari ini seketar lewat jam 7 majlis berakhir. Namun satu kelemahan diri koi tak mampu duduk dilantai. Selesai ESQ terus ke Stadium bagi menjenguk kembali aktiviti jamaah. Seketika terus balik semula ke reseden. Namun agak gawat hilang pedoman di mana di parkir keretanya.

7 Jun hari terakhir ESQ. Makin lama makin terkesan. Sesungguhnya setelah hampir 50 tahun menikmati kehidupan yang fana ini, persembahan pak ari tenyata terus meningkat. Terkesannya dirasakan hingga kesaat ini. memang koi ni suka membaca, berseminar dan bermacam bentuk ilmiah di hadiri namun Pak arilah satu-satunya hingga kni sukar ditandingi. Persoalan-demi persoalan dibincang dengan YM nakmun ksimpulan masih belum terungkai. Sebaik tamat ESQ terus ke S.Alam konon melihat mobil yan g ibgin dibeli sekali gus mengambil ayahnda untuk dibawa pulang. Sekitar jam lewat sedikit jam 1 pagi syukur seklamat sampai di rumah dengan disambut oleh teman tercinta.

Namun yang penting, banyak ceritan persoalan, perbincangan, idea baru, dari soal ummah, jamaah, rumahtangga, cinta, ESQ dan politik namun koi dan YM masih segagah dahulu dalam persahabatan. Semuga persahabatan ini hanya ketemu allah yang memisahkan.

terima kasih sahabatku YM semuga segala perbelanjaan yang engkau dambakan hanya allah yang membalasinya. Walaun harga yang mahas engkau dan aku korbankan namun ianya lebih dari berbaloi. Allah Hu Akbar.

Ini hanyalah sekelumit catatan.

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan