Isnin, 22 Jun 2009

Bapa

Semalam hari bapa dan minggu lepas hari ibu. Koi ni tak berapa tahu ngat bab hari-hari ini. Rupanya kata anak koi semasa perjalanan menghantar dia ke pudu balik dari training ESQ di Flamingo kata hari ibu ialah setiap sabtu minggu pertama bulan jun dan hari bapa sabtu minggu ketiga. Baru koi tahu.

Tepat jam 12.00 tengah malam koi terima wish dari anak bongsu koi adik, melalui telepon semasa koi mula melangkah masuk ke Hotel palace golden horses (PGH) selepas makan malam dengan kak ngah dan keluarganya. Pada petang nya dari baby dan dan malamnya dari akak di KB. Koi juga menerima wish hari bapa dari long dan de secara terus kerana dua hari koi bersama mereka di Flamingo kerana training ESQ. Terima kasih kepada anak-anak abah semua. Ngah? di Egypt semuaga selamat sejahtera dan sucsess.

Malam hari jumaat koi ke S.Alam bersama de untuk lepak di situ sebentar kerana long ada di sana untuk ke training ESQ. Malam tidur di SA.

Pagi sabtu terus ke Flamingo dari SA dan suasana sangat aman kerana bukan hari kerja. Selepas mendaftar ESQ untuk anak-anak koi terus ke Hospital Serdang menziarahi Mak Cu. Masalahnya ialah anak-anak nya.

Selepas menziarahi mak cu koi terus ke alam megah untuk ziarahi Dr. Ridwan Bakar, malangnya dia dan keluarga tiada di rumah. Kononnya koi nak terus check in di Palace namun tersilap jalan dan sebab itu koi telah banyak membazir masa dan wang. Rupanya tol saja di Lembah kelang ni. Kalau tersesat tol lah yang menjadi perangkap. Koi ingat berpuluh RM koi habis dik bayar tol saja. Akhirnya jam 4.30pm dapatlah koi rehat di Palace. Hoi, dia bagi koi dua bilik terbesar dan hanya tinggal berdua dengan rodong.

Koi hubungi kak ngah dan keluarga untuk bersama menikmati Palace. Dia datang dan kome pergi ke Flamingo dulu hadir ESQ asma ul husna, Gerakan Amalan As Husna. Lepas makan malam kome terus ke Palace dan kak ngah dan keluarga sangat teruja dengan kehebatan bilik hotel di Palace. Walau pun dah tengah malam masih sempat melancong disekitar palace. Koi terus lelapkan mata.

Pagi Ahad anto budak berdua tu ke ESQ dan beli sarapan. Selepas sarapan kak ngahg dan keluarga balik, koi dan rodong berihat menunggu waktu check out. Tepat jam 12 TH kome keluar dari Palace dan menuju ke S. Alam menziarahi mak teh pula. Di sana kami lunch dan dapat bertemu keluarganya termasuk Dr. Ridwan bakar yang ada di sana.

Selepas solat kamin terus ke low yatt mencari printer dan alatan komputer. Selesai di situ kome terus ke Flamingo menjemput dua orang anak koi tu dari training ESQ. Selesai jam 7.30pm dan terus hantar along ke Pudu melalui LRT di Ampang. Tapi agak gusar bas dia ke melaka jam 8.30pm tetapi ada eksiden teruk di simpang jelatik dan biasalah jalan jam teruk.

Kemudian kami nterus ke setapak kerana melayan anak koi yang sorang ni nak beli kasut di up down di setapak. Jam baru pukul 8 dan up down buka jam 10pm. Selesai membeli sebahagian barangan dan solat kami terus ke temerloh dan selamat sampai di rumah jam 12.30 pagi.

Syukur semua selamat dan pagi ni meluangkan masa menulis blog ini.

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan