Selasa, 8 September 2009

Nuzul


Salam. Semalam hari nuzul. Hari paling bersejarah di atas turunnya permulaan panduan hidup untuk seluruh manusia. Isnin cuti dan seperti biasa anak koi 2 orang di tahap ada balik.

Jumaat ada ladap di sri malaysia. koi bagi talk secara percuma dan kehadiran juga adalah secara sukarela. Tepat jam 5 koi sampai dan mr. chua dah ada. Setelah menyiapkan semua peralatan hanya 4 orang yang hadir. Ju, Hj Nik Niza dan Chua. Koi on juga dengan menayangkan movie semasa koi di hong kong. Setelah beberapa lama koi on kan talk koi bertajuk self teraphy. Akhirnya adalah juga hampir 20 orang yang hadir. Inilah jika program yang baik, di urus dengan baik tetapi tiada penguatkuasaan. Namun koi secara personali berjaya dengan baik.

Lepas tu berbuka di sana. Koi bawak anak-anak tapi nampaknya ala kampong dan tiada seronoknya berbuka walaupun di hotel.

Lepas jumaat koi dan YM melihat tapak kem di durian tuang. hajat mahu bangunkan. bersama parudi si misai tebal. Tetapi sebelum tu pos patin dan talapia melalui metrobas kepada yazid.

Semalam isnin koi sekeluarga yang ada balik kg baca yasin dan menerangkan kubur mentua. Habis program singgah di umah ipar dan terus balik ke rumah emak. Biasalah ziarah apak yang masih tidak sihat. Semasa emak menyediakan makanan untuk apak emak pulak jatuh dan hampir jadi macam apak. Hai itulah takdir. Emak tak daya bangun sehingga petang.

Lepas zohor anto pulok anak-anak ke tahap. Sebelum tu berita kematian baharin. ada kekawan tak tahu.

Lepas berbuka koi terus balik kampong ziarah emak. Syukur nampaknya kesihatan emak bertambah pulih. Didoakan selamanya kesihatan emak dan apak akan pulih secepat mungkin.

Selasa seperti biasa mula bertugsa. Esok mungkin ke kuantan. SUK ajok mesyuarat sikit. dengan YM insya allah.

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan