Ahad, 13 September 2009

Hujung minggu


Salam. Jumaat berbuka puasa kat rumah aje. Biasalah sejak berumur ni berdua sahaja. Lepas berbuka koi balek kampong ziarah apak dan emak yang uzur. Tiada bicara menarik. Pagi subuh anaok koi dari PD sampai jam 4.00am naik keretapi.

Sabtu pagi koi mesin rumput. Letih tak terkira sehingga tertidur selepas habis memesin. Relax aje kat rumah. Ptg dapat mesej dari mustafa maulut jempu berbuka bersamanya di bt 4, tapi koi dah ada jadual berbuka di surau hijau. Sebelum tu ada sikit mesy di pejabat adun. katanya jemput semua ketua dan su caw. tapi ntah berepa kerat je yang datang.

Berbuka di surau hijau memang enak. ramai juga yang datang. koi dengan anak koi. Rodong dia berbuka di tempat lain. Lepas berbuka sama-sama solat maghrib dan selepas tu koi diminta buat tazkirah. Dari ramai yang berbuka tadi hanya tinggal 4 orang je. Koi tak kisah berapa orang, janji koi buat kerja koi tazkirah.

Malam relax je dengan rodong dan tidur agak lewat.

Ahad ari ni lepas sahur, subuh di masjid bt 1. Seperti ari semalam pagi ni koi diminta buat tazkirah. Agak lama juga hampor sejam. jamaah bt 1 nampaknya suka dengan tazkirah koi. Ringan-ringan aje tazkirah koi.

Isinya tentang puasa, makanan untuk jasmani dan rohani dan paling penting puasa adalah self controler. Memang tak faham kalau tak belajar. Kalau nak tahu apa itu self controler boleh hubungi koi.

Balik subuh dan tazkirah, terus setat enjin sambung mesin rumput. Pagi lagi rodong koi suruh anaok koi gi tengok wan bangau, katanya nak beli barang. Tapi lain pulok jadinya. Wan bangau tidak sihat, hanto ke hospito dan kena tahan di wad. Koi tak ziarah lagi.

Lepas mesin rumput berkebun sikit. Ari ni nampaknya tak ada buat apa-apa. Berehat dan tidur kejap. Hajat petang nak ziarah mana-mana yang patut tapi nampak gayenya tak kemana=mana jugek. Insya allah lepas maghriblah kalau kemana-mana pun.

Dua ari duduk rumah habuk pun tarak. Sempat gunting rambut dan menulis blog ni ajelah.

Tiada motivasi yang hebat, namun jangan lupa malam alqdr kita cari sama-sama. ayuh kita bergerak dan bertindak segera. Hai dah seminggu YN tak ada hubungi, dan mengapa pulok patner koi tak ada angket talipon bila koi call. janji nak jumpa sejak minggu dulu lagi tapi hingga ari ni ntah kemana dia. Mungkin koi di tipu lagi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan