Jumaat, 25 September 2009

Hari Raya



Salam. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir batin. Minal abidin wal faizin, antum kul am bil khair.

Hari Raya baru sahaja berlalu. Itulah ucapan adat orang melayu malaysia menyambut hari raya. Dengan anggapan hari raya hari menyuci dosa. Bermula dengan beramai-ramai ke masjid dan di akhiri dengan ziarah kubur. Apa punya fahaman.

Hari raya hari gembira. Di minta menziarahi orang hidup, bukan ziarah orang mati.

Tahun ini nampaknya sambutan hari raya agak suam. Keuzuran ekonomi menambahkan lagi kesuraman tersebut. Tiada acara meriah seperti dahulu nampaknya.

Biasanya di malam raya koi akan bertazkirah kepada semua famili di rumah apak, tapi nampaknya tahun ni tidak lagi begitu. Tidak ramai sanak saudara pulang berhari raya, cuma kak ngah sahaja yang balik awal nampaknya. Apak dan emak uzur pulak.

Malam raya koi bertakbir bersama keluarga tanpa angah yang berada di perantauan. Bermula solat maghrib berjamaah, diikuti bertakbir dan kemudian koi bertazkirah kepada anak dan isteri koi.

Hari raya hari gembira, bukan hari berdukacita. Tapi koi heran, nampaknya terbalik, hari raya kat sini jadi hari berduka, semua pakat manangis belaka.

Pagi tu koi solat subuh di masjid ubudiah. Lepas solat bersiap bersama keluarga untuk ke rumah tok. Selepas bersiap semuanya kome pun berangkat ke rumah tok. Sampai di rumah tok seperti biasalah, belum ada yang bersiap. Selepas bermafan denganb tok dan wan kome berangkat pulok ke bintang. Biasanya ke bintang dulu baru ke rumah tok dan bertazkirah lagi di pagi raya. Tapi kali ni tok dan wan uzur rutin tu tak dapat lagi di kekalkan.

Sampai dibintang kome bersalaman dan bermafan pulok dengan orang di sana, dan selepas bergambar kome terus ke masjid untuk solat sunat hari raya di balek gantang.

Seperti biasa selesai solat kome ziarah rumah ustaz yas dan pas tu ke rumah miktam. Kemudian ke rumah abang man dan rehat semula di rumah tok dan wan.

Petang balik ke barokah dan membuat persiapan untuk hari esok. namun pada petang hari raya lepas asar sempat juga ziarah ke kubur melayan rodong ke pusara ayah dan emaknya. Lepas tu sempat ke rumah wan bangau juga uzur. kali ni beza sikit, adik rancak bercerita yang selama ini hanya diam sahaja kalau ke rumahnya.

Maka habislah hari raya, sebab hari aidil fitri sehari sahaj. namun 2 syawal kome balik semula ke kampong, ziarah tok dan wan. Semua orang dah tak ada sebab ke lipat kajang agaknya. Pas tu ke bintang berraya pulok di situ. Lepas tu kome terus ke kerdau ziarah pakngah mat yang uzur macam tok. Konon nak terus ke lipat kajang, tapi rodong malas pulok kerana persiapan berhari raya di rumoh kome pulok.

Petang sedara mara dai sah alam pulok datang. Sambung cerita dengan dr daun dan khairul yang terputus pada sebelah pagi di bintang. banyak isu dan macam-macam termasuk cerita esq. Rupanya dr. duan dah pegi basic 8 dan koi 34. namun koi dah pegi MCB yang dia tak pegi lagi. Ari tu memang meriah juga di rumah koi mereka beraya.

3 syawal pagi-pagi koi pegi cari ikan untuk topak kual laksa yang umi buat kerana dah hampir habis di santap orang sah alam. Ari ni pulok keluarga belah kampong pulok akan datang bersempena meeting keluarga jaya. Abang Yas paling awal datang se awal jam 9.30 pagi.

Baru jam 11.00 pagi meeting boleh dimulakan. Memang kome setiap tahun ada perjumpaan keluarga jaya pada setiap hari raya. tahun ni senghaja koi mintak buat di rumoh koi. Ramai sedara mara datang. hajat belah petang koi pulok nak jalan-jalan, tapi nampak gaye nya orang datang se hingga jam 6.00 petang. Akhirnya ditutup oleh said anis.

4 syawal kome ba;lik kampong pulok tapi ngan akak dan long aje, ziarah tok, di rumoh tok berjumpa pulok dengan cu juah. Lepas tu gi ziarah tang zeni dan jumpa lagi cu juah. Pas tu kome balik rumohlah.

5 syawal mula pose 6. tapi izrul pulok ada datang. dan petang bedah pulok datang. Tapi sebelah pagi gi pasar ngan adik belik alat tom yam. Nampaknya laris betul tom yam koi ari tu yang di masak oleh rodong.

6 sawal ari ni, pose di sambung, rodong gi kerja dan mulai esik pagi akak akan mula balik dan diikuti oleh long.

Inilah raya dan ragam raye di malaysia khususnya keluarga koi. Koi tak nampak ngat orang menghidupkan semangat ari raye. Koi pulok sibuk dengan benda yang tak sibuk.

Apa pun antum bil kahir kulu am.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan