Khamis, 26 Ogos 2010

PERSAHABATAN, KEPERCAYAAN DAN KESETIAAN

Salam. Selamat menjalani ibadat puasa.

Dalam seminggu ni saya agak sibuk dalam program Badal Haji. Apabila saya bertemu dan bersetia dengan Muhammad Madani. Aturan pertama di MTD Temerloh, kemudian diikuti JBA dan TNB Bera di samping tugasan sendiri.

Dua hari lepas saya ke Kota Gelanggi 2 mencari kawan baru yang dikenali semasa memberi training Bosland di Hotel Green Park Temerloh. Agak jauh ke sana selepas membuat sedikit servis di Kuala Mai dan dalam perjalanan ke Jengka 9. Aku ditemani oleh anak lelaki yang bercuti dari Cairo.

Kenapa Mohamad Madani dan kenapa aku ke Kota Gelanggi 2. Tak lain dan tak bukan adalah persahabatan.

Persahabatan boleh membuat kita mesra, percaya, setia dan kecewa. Sahabatlah yang mungkin membantu kita dan mungkin juga akan membatukan kita.

Semalam aku ke Kuantan KK Paya Besar urusan Badal Haji. Dan pada sebelah petangnya pula sepatutnya di IKIP 5. Selesai solat zohor sementara menunggu rodong selesai solat aku menerima panggilan talipon dari seseorang dari Kluang. Pontnya ia mengatakan bahawa dia telah ditendang oleh Prasa seperti kain buruk. Katanya lagi hanya sedikit kesalahan kecil. Ia ke?

Dulu daya ada seorang sahabat, katanya berdarah kerabat. Aku cukup percaya dan setia dengannya, hampi selama 20 tahun. Dan aku mengenalinya dalam satu perjuangan suci. Dan mungkin dia memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya juga?

Selama 20 tahun terutama semasa saya menjadi pembantunya dalam perjuangan tersebut, semua pengurusan perjuangan aku jalankan dengan penuh sempurna. Segala tugas dan tanggungjawan dia, aku laksanakan.

Dan memang akau memberi kepercayaan sepenuhnya kepadanya tanpa sedikit pun keraguan dan menumpahkan sepenuh kesetiaan kepadanya tanpa terfikir akan dikhianati. Dan jika ada yang menerjahnya akan aku pertahankan.

Itulah erti persahabatan yang aku jalani. Percaya dan setia.

Namun tidak semua persahabatan walaun ditumpahkan kepercayaan dan kesetiaan akan dibalas dengan setinggi penghargaan. Ada pepatah melayu berkata beris susu dibalas tuba.

Setia dan percayanya aku kepada dia, sehingga semasa menunaikan fardhu haji pun doaku tidak lekang menyebut namanya. Agar persahabatan dikekalkan diatas ikatan iman dan menempa kejayaan bersama. Namun jangan disangka panas hingga ke petang.

Kalau benar apa yang dikatakan oleh budak kluang tu kepada aku, ia langsung tidak menghairankanku walaupun 0%. Bagi aku berita tersebut langsung tidak mengejutkan aku. Ini kerana yang menjadikan dia sebagai kain buruk itu adalah orang yang sama yang pernah aku kenali.

Kalau dia dijadikan sebagai kain buruk, orang itu, yang berdarah kerabat itu bukan sahaja menjadikan aku sebagai kain buruk bahkan mungkin menjadikan aku ini sebagai kain lap taik. Huh! dahsyat.

Aku mungkin tidak ada musuh, tapi aku fikir, kalau aku ada musuh pun habis kuat aku hanya di dijadikan sebagai kain lap kaki sahaja, tak sampai jadi kain lap taik, tetapi sahabat yang aku mencurahkan segala kesetiaan dan kepercayaan inilah akhirnya menjadi pengkhianat dan langsung tidak berhati dan berperut tergamah memperlakukan ke atas aku sehingga aku hilang segala kepentingan yang sepatutnya aku perolehi. Terjebaknya aku ke kancah ini adalah dorongan yang kuat darinya dan aku menyerahkan sepenuh kesetiaan kepadanya walau aku tahu, akan akan hilang banyak kepentingan.

Namun sehingga hari ini aku masih bersangka baik kepadanye dan akau berdoa agar dia akan selamat dunia dan akhirat.

Biarlah ini menjadi lipatan sejarah dalam hidupku dan pengalaman yang bodoh yang pernah aku alami.

Wahai kawan kluang, kalau benar apa yang terjadi ke atas mu, itu bukan satu perkara yang besar dan yang menghairankan, siapalah kamj di sisi orang yang bergelar kerabat itu?

Atau engkau menghubungi aku sekadar membuat sedikit investigation?

Bersambung.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan