Selasa, 3 November 2009

S.P.I.E.S


Salam. Dunia makin mencabar. Cabaran diri sendiri, cabaran kerjaya, rakan, keluarga, anak-anak, hiburan, sukan dan macam-macam cabaran. Ada yang berjaya, ada yang gagal dan ada yang menunggu keputusan. Fitnah dan mehnah makin menjadi-jadi, terutama fitnah politik. Betul apa yang dikatakan oleh makianveli, matlamat boleh dicapai hanya dengan cara menghalalkan apa cara sekali pun, yang penting mencapai matlamat. Tak kira agamawan, budayawan, dermawan, profesinalimsa apatah lagi politikus. Semua sukar dipercayai, lantas orang bawahan akan membuar persepsi sendiri, dan fitnah terus menjalar.

Apahal dengan dr. asri. Jais, Politikus, dan semua yang merancang dan berperanan dalam kes ini. Akhbar dan media massa pun apa lagi, ambil kesempatan untuk memecah belahkan lagi persepsi, pemikiran dan tindakan rakyat marhaen.
Apa sebenarnya tujuan dan maksud media massa ni.

Malas nak bincang soal yang dibesar-besarkan ni, apa nak jadi dengan umat akhir zaman ini. Agaknya bila jadi macam di padang baru ni barulah ada kecelikan pemikiran sebentar. Tapi minta dijauhkan Allah.

Jumaat, petang semasa balik dari hal-hal dunia dan berkesempatan menziarahi emak dan apak di kampong, dan solat jumaat, terus ke pejabat untuk urusan pejabat. Kali ini tugas yang paling penting menandatangani pelan projek perumahan. Uh berates helian perlu ditandatangani, termasuk menandatangani buku-buku cek. Ini kerana pada masa itu jangkaan ke mekah belum tahu.
Apa yang mengejutkan semasa sampai dirumah ialah penerimaan surat jadual penerbangan haji pada 31 Okt jam 3.15 ptg. Isteri masih di Melaka. Bayangkan jadual penerbangan sampai petang 30hb, penerbangan 31hb. Apa yang dapat saya buat. Bukan mahu pegi chow kit dan pasar malam.

Saya terus menghubungi call centre 1919, dan mengandu permasalahan yang dihadapi. Selang beberapa ketika Hj adam menghubungi dan menerima serta sedia membantu. Soalnya, apakah yang terjadi dengan rayuan saya selama ini.

Kerana khamis saya ke LTH dan sepanjaang hari jumaat cuba memnghubungi Hjh Noraini tapi hampa. Namun pada petang selepas isteri sampai rumah saya diminta oleh Hj Mat Nor menghubungi Hjh Noraini dan berjaya bercakap dengannya. Dipendekkan cerita dia minta fak surat rayuan. Kelam kabut cari kedai fak kerana hari dah pun 8.30mlm. Berkat kesabaran semua urusan haji telah diusahakan.

Pagi sebelum subuh tergesa bertolak ke ILSAS untuk program SPIES. Peri dengan isteri. Sampai agak awal dan program belum bermula. Pada awalnya sambutan peserta agak lembab dan akhirnya sehingga 10.30 barulah program boleh dimulakan.

Yang anehnya pada awalnya hanya diminta hadir sebagai pemerhati sahaja, namun terpaksa =mengambil alih kursus tersebut sepenuhnya sehingga akhir. Tetapi dibantu oleh crew dan lain-lain. Dr. Sufyan, Akhiar, Tuan, dan lain-lain terutama pegawai teknikal. Raja

Syukur kesudahannya berakhir dengan sempurna. Apa yang penting spies yang sangat murni itu dapat di empurnakan.

Semalam dapat satu panggilan dari KL untuk program ESQ minta dilaksanakan. Dan banyak lagi program lain dan terpaksa bersedia untuk yang lain.

Wassalam. Tak faham tak pe, boleh call 013-9356596

Tiada ulasan:

Catat Ulasan