Sabtu, 15 Ogos 2009

Program

Salam. Bulan lepas koi diminta berceramah parenting skill di SMKSS. Program tajaan MARDEC tu, biasalah amatlah tak hebatnya sambutannya dari ibu bapa. Tapi koi peduli apa, koi ceramah seperti biasa. Sebab tugas koi adalah ceramah, tugas mereka datang dan dengar ceramah. Yang panggil koi ceramah ialah al bakri.

Hari ini, pagi tadi koi diminta berceramah parenting skill juga, di SMKBC. Sambutannhya sama sahaja, amatlah tidak hebatnya. Tapi koi belasah macam biasa. Dia orang ramai ke, sikit ke! koi hanya jalankan tugas berceramah.

Semalam koi ada program di Masjid Bt 1. Lepas program koi terus balik. Bila koi tengok dan baca h/p koi ada miss call dari YM. Koi terus call dia balik, dia kata penting, tapi did ada ceramah dan akan hubungi kemudian. Maka koi tunggu dan tertidur. 10 minit sebelum jam 12.00 malam dia call koi semula. Dia kata SUK Pahang pulok nak meeting.

La,koi ingat apalah yang penting sangat.

Rabu lepas, koi balik kampong dan seperti biasa ziarah apak koi yang stroke. Koi sangat sedih dia mengadu amat sakit dan apakan daya koi nak menolongnya. Dia minta koi bawa jumpa doktor termasuk doktor pakar di Ktn atau d SA. Tapi koi kata ngan dia koi akan bawakan doktor jumpa dia, dan dia bersetuju.

Petang tu sebelum jam 5.00 koi bergegags ke bandar untuk berjumpa doktor yang sudi ke rumah apak koi. Tapi diluar jangkaan rupanya tiada doktor yang mahu berkhidmat rumah ke rumah. Lalu koi balik dan sangat kecewa.

Petang jam 7.00 malam koi ajak rodong ke sebuah klinik 24 jam. Syukur ada dr yang sudi datang ke rumah. Koi tak fikir soal berapa bayaran, tapi rupanya bukan semua orang suka buat kebajikan.

Itulah kehidupan. Menjawat dan berkerjaya hanya semata-mata wang dan masa, bukan kerana ikhlas dan kebajikan.

janganlah keturunan koi ada yang macam tu.

Tapi ada berita yang tidak baik dari PD. Berita tentang anak koi yang ke3. Dari dulu sampai le ni, air mata ibunya masih mengalir dengan perangainya.

Setiap malam koi berdoa, tapi belum lagi dikabulkan. Ini mesti salah koi yang tak jaga dosa dan maksiat.

Berapa ramai manusia yang merasa Allah ada di sisinya?

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan