Rabu, 13 Mei 2009

Terkini

Salam. Minggu lepas 7 mei kome cuti hari hol. Sebenarnya tak ramai orang tahu kenapa hari tu cuti dan apa makna hari holt u. Ada yang kata kerana kemangkatan Tengku Afzan dan macam-macam lagi. Sebenarnya hari holt u adalah sempena hari kemangkatan Sultan Abu Bakar.

Oleh itu sempena cuti ni koi ambil kesempatan ke kuala lumpur dan putra jaya bagi menyelesaikan urusan kerja. Ini termasuk hal bebudak. Minggu lepas ada koi anto email ke MMU soal pengiktirafan LLB dari MMU. Dan semerta Dekannya Dr Hisham call koi dan menjelaskan kedudukan semasa. Sebenarnya koi dah prepaire surat ke Dato Saipudin Tim Menteri KPT. Tapi sampai sekarang koi lupa nak pos.

Bagi mengatasi masalah ini, koi telah pergi ke BAC di KL untuk tukar anak koi ke kolej itu dan twin dengan Uni of London. Tapi kata BAC sekarang LLB dari MMU telah di iktiraf. Namun lepas tu koi ke UiTM jumpa rodong, rodong koi minta tolong anak koi ni ke UiTM pulok. Tapi katanya bulan Dis.

OK, lepas tu kome terus ke Putra jaya hal rodong koi pulok dan semuanya beres dengan sempurna.

Pada tarikh tersebut juga kecoh hal DUN Perak dan semua dunia telah saksikan dan buatlah justifikasi sendiri bersandarkan ilmu dan hikmah masing-masing kerana kita tiada upaya untuk mengatasinya dan berserah kepada yang maha kuiasa.

Sabtu 9 mei koi ke Tahap urusan makan kenduri pengetuanya dan sebelum tu kenduri pengetua sri semantan. Apak ikut sekali dan berhajat hala balik ziarah tok ngah di Kerdau, namun cuaca sangat panas tangguh pada hari ahad.

Ahad kenduri di bentong abang lan kasim pergi dengan Hj Jusoh. Petang lepas asar koi ke kerdau ziarah tok ngah. Sampai di sana rupanya wan ngah dalam keadaan yang cemas. Tok Ngah dalam kondisi mencemaskan. Kebetulan koi datang dan ayah cu simat pun ada sama. Jadi kome pun menunggulah yang lain sampai. Koi hubungi pudin, mok de, cu, ayah the dan lain-lain. Kemudian apak dan tang zeni sampai dan semua yang lain sampai. Kome pun pakat baca yassin.

Selesai semua, ada dikalangan kome tidur di sana dan koi pun baliklah dengan cadangan hari selasa isnin sambung baca yassin.

Isnin, mahkamah putuskan nizar MB perak dan selasa dia bertugas semula sebagai MB. Namun selasa mahkamah kata Zamri pulok MB perak. Jadi buatlah justifikasi masing-masing. Kita maih tiada kuasa untuk menetukannya.

Seperti biasa kita dengar dan baca akhbar perdana memang mengarut. To Jib minta pembangkang hormati keputusan. Tapi sebenarnya siapa yang kena hormati keputusan?

Semalam semasa koi ke kerdau baca yasi tok Ngah, Cu dan aiteh ada balik. Seperti biasa ada peluang sembang dan bercerita dan focus perak. Koi kata kalau zamri tak malu dan tiada maruah amiklah balik itu MB yang mahkamah putuskan nizar mb yang sah. Cuma mahkamah rayuan hanya minta tangguh pelaksanaan sahaja dan bukannya menafikan nizar mb yang sah. Jadi lu fikirlah sendiri.

Apa yang seronoknya cu kata dia ikuti blog koi ni. Maka oleh itu koi kenalah up date sokmo kerana rpanya ada ramai juga yang ikuti blog koi ni.

Blog koi ni hanya cerita santai sahaja. Dan kalau sudi sebarkanlah kepada rodong-rodong dan kita dapat kongsi idea dan ilmu serta pengalaman.

Wassalam.

1 ulasan:

  1. salam ustaz,
    menarik juga blog ni.teruskan dgn asakan panas dan lampas otak yang memberangsangkan.
    http://lanailestari.blogspot.com

    BalasPadam