Rabu, 22 Disember 2010

Rugi

AIR ASIA CEKIK PELANGGAN



Pada 23 Dis 2010 yang lepas, saya bersama keluarga dan rakan-rakan telah melancong ke Phnom Phen, Kemboja. Kami menaiki pesawat tambang murah Air Asia.

Namun di saat akhir (sehari sebelum penerbangan) seorang dari peserta rombongan kami telah mengalami kecemasan dan masalah keluarga. Beliau telah tidak dapat terbang bersama kami untuk tujuan melancong ke Kemboja seperti yang telah dijadualkan.

Oleh kerana bayaram tambang telah dibuat sepenuhnya maka kami telah memohon kepada pihak Air Asia melalui sebuah agensi pelancongan untuk membuat pertukaran penumpang. Saya telah diminta untuk mengnguruskan pertukaran tersebut. Pada awalnya saya diminta menyediakan salinan kad pengenalan orang yang membatalkan penerbangan dan orang yang akan menggantikan tempahan tersebut. Dan saya telah menyediakan kehendak tersebut.

Kemudian setelah itu saya telah diminta pula untuk menghantar salinan passport antarabangsa kedua-dua mereka yang terlibat. Tapi malangnya oleh kerana kesuntukan masa dan kecemasan, saya hanya berjaya menyediakan salinan passport pengganti sahaja.

Oleh kerana saya gagal menyediakan passport orang yang membatalkan penerbangan tersebut, pihak Air Asia tidak mahu melayan permohonan saya.

Soalnya ialah, saya bukan mahu Air Asia memulangkan kembali wang yang telah dibayar akibat pembatalan penerbangan tersebut. Saya cuma memohon dari pihak penerbangan Air Asia menggantikan penumpang yang baru. Dan sekiranya bayaran pertukaran akan dikenakan maka saya bersedia untuk membayarnya.

Kenapa Air Asia sangat “rigit” dan begitu “straight” sehingga langsung tiada budi bicara untuk membolehkan pertukaran tiket penumpang dibuat. Kenapa begitu susah untuk membuat pertukaran tiket? Akibatnya pihak kami telah mengalami kerugian satu tiket penerbangan. Kalau sekiranya Air Asia menerima permohonan pertukaran penumpang, Air Asia tidak akan rugi satu sen pun. Namun apabila ini berlaku pihak kamilah yang mengalami kerugian dan pihak Air Asia telah membuat keuntungan tanpa membawa penumpang..

Agaknya inilah yang menyebabkan Air Asia sentiasa mendapat keuntungan setiap tahun di atas bayaran yang dibuat oleh penumpang yang penumpang tersebut tidak pun membuat penerbangan. Ingin saya nyatakan bahawa penumpang tersebut tidak membaut penerbangan bukan kerana suka-suka, tetapi kerana terpaksa.

Kalau pun sekiranya saya tidak memenuhi prosedur pertukaran penumpang, apakah tiada pendekatan “budi bicara” yang boleh dilakukan. Dan sekiranya budi bicara ini dilakukan makan konsep menang-menang akan berlaku. Saya percaya bukan saya seorang sahaja yang mengalami keadaan seperti ini.

Selasa, 14 Disember 2010

Selamat

Salam. Begitu lama saya tidak menulis dalam ruangan bicara minda ini.

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1432. Makin baru tahun kita tempoh, maka makin singkat umur kita untuk tahun baru akan datang.

Bulan Nov dan Dis memang agak sibuk. Anak preksa SPM, hantar anak pegi kem, program badal haji, ajak kekawan gi umrah dan macam-macam.

Namun ada bab yang kita umat islam leka dan tidak peka dalam beberapa hal terutama tentang persediaan masa depan khususnya selepas mati.

Baru-baru ini saya ada berjumpa dengan seorang yang lama berkecimpung dalam takaful. Dan sebelum itu saya diminta untuk sharing dan satu program besar di Selesa Hill yang di taja oleh HLTMT.

Rupanya kita jauh ketinggalan dalam bidang ini. Hanya sekitar 90% sahaja ummat islam menyertai skim ini. Kenapa. Kenapa kita tidak menabung dan dengan menabung itu kita berpeluang untuk membuat kebajikan dalam skim tabarru'. Ini yang tak faham. Iaitu mengapa kita tak mahu faham tentang takaful

Saya telah menyertai takaful ini sejakm tahun 1995 lagi. Saya tidak tahu apa tiu takaful, tapi saya percaya takaful bolrh membantu jika berlaku kecemasan.

Namun bari sekarang selepas 25 tahu sebagai peserta takaful, saya benar-benar faham betapa pentingnya takaful dalam kehidupan kita.

Yang susahnya bagaimana mahau memberitahu seseorang, kemudian dia faham, dan kemudian dia menerima dan kemudian dia menyertai.

Ijiloah empat halangan yang sedang saya fikirkan bagaimana untuk memcahkannya dan dengan drastik umat islam menyokongnya dengan menyertainya.

Saya akan berceritabdengan detai akan datang.

Apakah itu takaful, apakah manfaat, kenapa perlu menyertainya dan banyak lagi.

Insya Allah

Wassalam