Khamis, 17 Jun 2010

BERJAYA

Salam. Tuan dan puan.
Bijak pandai berkata kerja kuat, berdisiplin, tidak putus asa akan menghasilkan kejayaan yang diidamkan. Koi tambah, jangan penakut, jangan pemalu dan jangan pemalas juga kunci kejayaan.

Namun untuk mengucapkan kaya-kata itu amat mudah kerana lidah tidak bertulang, namun untuk melaksanakannya bergantung kemapa keyakinan, kemahuna, ketabahan, kecekalan dan keimanan.

Semua orang mahukan kejayaan walau tanpa melakukan apa-apa. Itulah manusai dan manusia itu sifatnnya gelojoh, jika boleh terus berlunjur tanpa duduk dahulu. Akibatnya ramai yang gagal menghadapi cabaran.

Jika kita bersikap posistif. masalah adalah cabaran dan cabaran adalah pintu kejayaan. Maka bukalah pintu untuk kita menggapai kejayaan.

Dua hari lepas koi duduk diumah aje mencube untuk mengontek klien badal haji melalui talipon. Namun sume yang koi montel tiade respon. Dan pada ari semalam koi memulakan kerje koi dari Temerloh hinggalah ke kuantan dan berakhir diUMP.

Banyak peel dan perangai manusia yang koi temui. Negatif dan positif.

Isnin malam sepatutnya koi ada kuliah di surau ijau tapi dibatalkan kerana menziarahi Almarhaum Ustaz hassan sukri.

Koi pergi bersama Syed, Hj Jusuh dan CM. Banyak cerita yang diceritakan teramsuk cerita koi sendiri setelah lama tidak bersama mereka.

Tapi yang paling mengejutkan ialah isu jual tanah di kerdau oleh seorang ustaz, ketua siasah Islam dengan harga yang hampir satu juta tanpa rasa teragak adakah betul, benar, salah dan berdosa. Dikatakan tanah itu diamanahkan kepadanya untuk membina institusi pendidikan. Dan bertukarlah nama tanpa hasrat bertukar pemilik.

Takdir tuan punya tanah meninggal dan tiada siapa yang mempu berbuat apa-apa. Dan berdebdanglah si ketua siasah ini dengan segalah kemewahan sepantas kilat.

Apa yang menariknya, dikatakan oleh ketua siasah ini, bahawa tuan tanah tersebut sebelum mati, telah menawrakan untuk memberi milik lebih banyak tanah kepadanya, namun ditolak kerana tidak mahu dan memadailah tanah yang telah dirtukar nama tanpa menukar milik itu.

Soalnya, ustaz, ketua siasah Islam, penceramah agama, memberi kuliah dimasjid, tergamak menjual tanah orang walaupun nama dia tapi bukan bererti milik dia. Menukar
nama belum tentu memberi milik. Tanyalah hati dan soalkan iman di dada jika ada. Jika tidak lakukanlah segalanya.

Betul kata makiaveli. matlamat menghalakan cara adalah cara yang terbaik untuk menggapai cita-cita.

Waqllahuaklam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan